Pada pukul 9.00 pagi, pasukan pemantauan pengurusan kurikulum PPD yakni Tn. Hj. Sailan, Hj. Zaidi dan Pn. Nor Jehan pula sampai. Selepas perbincangan ringkas bersama GB, mereka kemudian dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk menyemak fail-fail kurikulum yang telah sedia disusun di sana.
Lebih kurang jam 10.30 pagi, En. Mohd. Dom - pegawai Unit Pembangunan PPD pula sampai. Beliau memaklumkan bahawa JPN telah menurunkan peruntukan untuk membaiki kerosakan tandas, paip dan tangki septik prasekolah ekoran aduan pihak sekolah pada April 2011 yang lalu. Saya pun membawa beliau meninjau kelas Prasekolah Amanah dan Rasional yang dimaksudkan. Sebenarnya, buat masa ini, masalah itu telah dapat diselesaikan buat sementara setelah sekolah mengupah pihak swasta menyedut tangki septik tersebut 2 minggu sebelum cuti sekolah yang lepas. Tapi berdasarkan pengalaman, masalah itu akan berulang kembali tidak sampai 3 bulan kemudian. Jika itu berlaku, maka lubang tandas dan sinki akan tersumbat lagi.
Syukur diucapkan atas keprihatinan JPS kerana memberi keutamaan kepada masalah tandas prasekolah kami yang tidak berkesudahan. Selain berbincang dengan guru pra, kami menyerahkan semula laporan dari pihak IWK berkaitan sistem yang tidak betul. Diharapkan setelah dibaiki nanti, masalah tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya dan sekolah tidak lagi perlu menampung kos menyedut tangki septik yang bukan sedikit.
Sebaik En. Mohd. Dom meninggalkan sekolah, saya, Pn. Shikin dan Pn. Che Ruzana (guru Bimbingan dan Kaunseling) berbincang di ruang sofa pejabat dengan Tn. Hj. Sailan dan pasukan pemantau PPD berkaitan hasil pemantauan kurikulum hari ini. Berulang kali tuan haji mengingatkan bahawa ini bukanlah teguran. Ok tuan, kami faham dan kami sentiasa menerima dengan hati terbuka. Terima kasih banyak diucapkan buat tuan dan puan bertiga atas cadangan dan nasihat-nasihat yang diberi.
Sejurus selesai perbincangan bersama pegawai-pegawai PPD, saya dan guru-guru yang berkaitan pagi tadi berkumpul sekali lagi di Bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat penutup daripada En. Aminuddin. Sesungguhnya banyak sekali komen dan saranan nazir tersebut yang membuka mata kami dan memberi persepsi yang lebih jelas berkait dasar MBMMBI ini. Saya sangat tertarik dengan pemantauan beliau hasil pencerapan terhadap Pn. Zaidatul dan Pn. Zalina. Menurut beliau, bila melihat murid ceria dan salah seorang murid mengatakan dia miss cikgu sebab tak datang semalam, sudah memberi gambaran bahawa guru ini memang berjaya dalam p&pnya.
Kami juga merasa sangat teruja dengan pelbagai cadangan dan langkah-langkah penambahbaikan yang disarankan seperti carta BM dan BI, pengacaraan program secara dwibahasa, lawatan benchmarking, ICT, kaedah pengajaran, penulisan buku ringkasan, sistem fail dan banyak lagi. Malahan beliau sentiasa menghighlightkan ke arah persediaan sekolah kluster. Thank you sir, we will try our best.
Ayuh cikgu-cikgu, saya nampak langkah pertama yang perlu kita ambil ialah membaiki sistem fail kita. Bak kata nazir dan pegawai PPD tadi - jangan ada fail kosong, ikut sistem terkini dan sentiasa kemaskini dengan kertas minit, numbering dll.
Taklimat bersama nazir berakhir sekitar jam 1.15 petang. Pada pukul 2.00 petang, semua guru berkumpul di Bilik Mesyuarat untuk program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 1. Ustaz Efendi dari SK Kg. Bharu Lanjut telah dijemput khas untuk memberikan ceramah berkaitan Motivasi Diri. Menarik sekali cara penyampaian dan bahan yang dipersembahkan. Terima kasih daun keladi buat ustaz. Ada masa jemput datang lagi...
Seharian melayan tetamu, kat atas meja penuh kad laporan Adab dan kad PLBS murid-murid yang memerlukan tandatangan saya. Belum lagi surat-surat dan Kew. 8 yang juga perlu saya sign. Insya Allah, saya enjoy dengan kerja-kerja ini dan saya bahagia....
Murid choral speaking dah balik tapi result belum keluar. Pertandingan ini anjuran Petronas. Johan dan Naib Johan setiap daerah yang dijemput. Semoga berjaya hendaknya.
No comments:
Post a Comment