Wednesday, June 8, 2011

Surat CIMB

Hari ni terima surat dari CIMB Bank susulan dari kes saya kena tipu sebanyak RM4,100.00 tempoh hari (klik sini). Pihak CIMB menjelaskan history prosedur CIMB Clicks yang saya ambil sehingga saya terjebak ke dalam kancah 'phishing' website tersebut.
   "......Please note that the generated TAC received by your goodself on that day was actually a result of a third party accessing CIMB Clicks via your compromised USER ID and Password...."
   Betullah tu - memang saya lalai. Tapi proses itu bukan bermakna saya ingin mengeluarkan wang saya. Saya cuma nak kemaskinikan akaun saya saja. Tak ada amaran pun mengatakan prosedur itu akan menyebabkan saya bengkrap.
   "...After gaining entry via your UserID and Password, these intruders requested for TAC, which you subsequently received via your mobile phone.You had then entered the TAC received as instructed by the 'phishing' website.."
   Hairan - macam mana pihak ketiga ini boleh tau dan campur tangan dalam urusan TAC CIMB Clicks??
   "...In view that the revelation of the three credentials above was conducted voluntarily by your good self, we regret to inform you that we are unable to reimburse the lost funds as recovery and refunds are done on a best effort basis..."
   Apapun saya harap, pihak CIMB dan Bank Negara janganlah lepas tangan begitu saja. Siasatlah melalui no. akaun dan butiran penyangak yang saya transferkan duit tu sebagaimana dalam list transaksi CIMB Clicks. Takkan nak biarkan gagak hitam tu mencari mangsa lagi!
   "...However, the bank will revisit this case, should the police furnish us with new evidence indicating that the incident had taken place due to other reasons..."
   Semoga pihak polis akan membela nasib saya dan ramai lagi mangsa - rakyat marhaen yang kerdil ini. Saya akui saya memang cuai dan patut dipersalahkan. Mungkin juga masalah komunikasi menjadi penghalang sehingga saya kurang faham dan ingatkan ianya benar-benar serius.
   Pengalaman mendewasakan kita....

11 comments:

  1. Memang banyak sampah yang masuk ke akaun emel kita konon suruh kemaskini itu ini. Mungkin sesekali kita terperangkap juga. Semoga ada jalan penyelesaian agar sampah2 itu tidak akan menjerat mangsa lagi.

    ReplyDelete
  2. wah..ini taklih jadi..saya pun ada terima email gini..nasib baik saya ignore...kalau tak taulah bapa plak yang lesap dalam akaun saya...

    ReplyDelete
  3. sy cadangkan cg Aida tukar buat akaun di bank lain.....

    ReplyDelete
  4. asmkm
    cuba minta nasihat udang undang. sebagai bank mereka sepatutnya mengadakan sistem it yg ketat serta proaktif. cimb telah lalai memberi perlindungan pada penyimpannya.

    mereka sepatutnya ada layers of security. dan jika di england mereka tidak akan menghubungi pelanggan melalui email kerana ianya akan di compromise online.
    segala maklumat di cyber boleh dilihat.
    sepatutnya mereka encrypted maklumat access bank mereka bila buat online banking.

    cimb juga sepatutnya memberi tahu setiap pelanggan mereka yang mereka tidak akan menghubingi pelanggan melalui email agar malumat tidak compromised dan pelanggan akan terkeliru.

    kelalaian cimb juga didalam menghentikan webpalsu juga adalah sangat jelas.
    sebagai badan korporat yg besar, sistem maklumat mereka sepatutnya lebih kukuh serta proaktif didalam membekalkan maklumat pada pelanggan melalui surat dan cawangan serta media massa.
    kegagalan mereka mengawal kelemahan sekuriti mereka online menyebabkan kelemahan tersebut menjadi sumber dan alat manipulasi bagi si penipu.


    banyak lagi.. saya cadangkan tutup bank akaun dgn cimb dan saman cimb kerana mereka tidak mengawal pengguna online dari penipuan yg berpunca dari kelemahan sistem it mereka. Dimana ianya dimanipulate oleh 3rd party dan mereka boleh link webpage mereka dgn laman utama palsu.
    kelemahan memberi tahu pengguna dan amaran bersurat dan media cetak serta tv etc juga gagal dipergunakan.sebg bank utama mereka tidak peka kepada masalah pelanggan..

    ReplyDelete
  5. Salam kakcik : Sampah ini sangat merbahaya, boleh songlap duit kita.

    Salam Kerull : Hari tu saya tak sedar, terlupa ignore dan terpedaya.

    Salam cikgu Usop : Nak tukar akaun? Nantilah saya fikirkan.

    Salam Nor : Tkasih atas hujah2 tu. Memang banyak maklumat berguna. Ramai juga yang suruh saya ambil tindakan undang-undang tapi macam mana ya? Saya setuju - CIMB telah gagal memberi perlindungan kepada penyimpannya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana info anda untuk pengajaran kepada semua.
    Saya tidak pernah melayan semua email yang tidak saya kenali, kerana sejak dulu lagi saya telah dimaklumkan jangan buat begitu. Selain dari penipuan,kemungkinan penghantar email akan menyebarkan virus yang boleh merosakkan sistem komputer.

    ReplyDelete
  7. Salam Ateh. Masalahnya saya kenal itu CIMB Click....

    ReplyDelete
  8. Sa|am

    wah, bahaya tu,,sudah|ah banyak duit yg di ambi|nya tu,,

    mga akak tabah ya,, dan semga pihak yg 'ambi|' tu mendapat iktibar dan pengajaran

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Sabar Puan, apapun pada saya teruskan juga untuk perjuangkan hak.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...

    statement bank mcm lepas tangan je, cikgu hhuhuhuh..depa nie memang la cenggini..harap promo je lebih huhuhh

    ReplyDelete
  11. Salam Mutiara Bernilai. Memang mutiara sungguh bernilai. Setinggi nilai pengalaman ini. Mana yang boleh jadikanlah pengajaran.

    Salam Ashrafi. Buat masa ini saya redha je. Sibuk + tak pandai nak berjuang-juang benda-benda macam ni.

    Salam Sahrom. Saya pun nampak betapa mereka nak lepas tangan. Janji promo mesti bagus.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...