Saturday, July 16, 2011

Kathleen

Minggu ini SKKW menerima seorang Penutur Jati / Native Speaker baru - Kathleen Eljeddi.  Beliau adalah orang Yemen American. Beliau menggantikan Mr. Philips Jordan yang telah kembali ke negara asalnya. Mdm Kathleen ini adalah seorang Muslim. Beliau bertugas sebagai mentor kepada guru-guru B.Inggeris. Beliau akan cuba mewujudkan environment yang sesuai untuk pengajaran B.Inggeris agar guru-guru akan lebih kompeten dan konfiden mengajar.
Kathleen Eljeddi - our native speaker
Orangnya peramah dan rajin
Memantau pengajaran teacher Nor Faezah
Kesian Ilham dan kawan-kawan - tak dapat gaji lagi bulan ni. Apa cerita En. Ibrahim Sariniaga? Semalam janji nak bayar....
Latihan futsal pasukan Pendidikan Khas dan prasekolah yang akan bertanding Isnin ni. Good luck!
Ceramah Walls - alamak aiskerim free tak adalah hari ini. Coming soon!

6 comments:

  1. hehe...mdm kathleen...peramah giler... :P oo, beliau muslim ye...selama ni kami konfuz...sbb die kate husband die arabian, n die bertutur dalam bahasa arab plak tu...cikgu arab kami ade jugak borak2 sama dia..hehe..tp nk tnya die ni muslim ke tidak, tak berani lak nk tanya...hehe...so terjawab la sudah..hehe..

    ( program apa sampai walls datang tu cikgu.. :P )

    ReplyDelete
  2. Salam Emi... Lepas ni ustaz ustazah adalah teman nak berkomunikasi dalam B.Arab. Walls tu datang buat program Ceramah Penghayatan Sahsiah - sepatutnya ada maskot sekali tapi maskotnya sakitlah pulak...

    ReplyDelete
  3. hebat la SKKW...makin menyerlah seantero sepang :D

    ReplyDelete
  4. Salam KK : Sama je sek kita penuh dgn aktiviti. Cuma bezanya saya ni suka paparkan dlm blog kasi gempak kat "peminat2 setia" saya. Semalam cikgu saya tanya : Apasal cikgu lama tak update blog?? Tulah pasal saya naik tocang eksyen kat blog macam ala-ala berlagak. Yang baik jadikan teladan, yg tak baik - saya minta ampun jelah.

    Salam Emi : hmmmm... speechless. Apapun syukur. Macam tak percaya je statement Emi ni

    ReplyDelete
  5. semuga lebih meriah pembelajaran di sekolah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...