Sunday, July 17, 2011

Kem Motivasi UPSR

Petang tadi berakhir Kem Motivasi UPSR yang telah diadakan selama 2 hari 1 malam bermula semalam. Kem diadakan di SKKW di mana seramai 97 daripada 105 orang murid Tahun 6 telah hadir. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta kerana kos program telah ditampung oleh:
1.  Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Zon Kota Warisan
2.  Rukun Tetangga Megah Villa Apartment Kota Warisan
3.  Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Sepang
3.  Surau Al-Hijrah Kota Warisan
4.  PIBG SK Kota Warisan
   Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak komuniti tersebut yang telah bermurah hati menampung kos yang berjumlah lebih RM6,000.00 itu. Ini termasuklah kos makan-minum peserta dan urusetia, bayaran penceramah, sijil, persembahan dan banyak lagi. 
   Hasil program ini, adalah diharapkan semua murid calon UPSR akan lebih bermotivasi, bijak mengurus masa, dapat menggunakan teknik belajar yang berkesan dan mendapat kesedaran bagi menghadapi peperiksaan UPSR.
   Tidak lupa terima kasih kepada ibu bapa yang sudi melapangkan masa hadir ke Majlis Perasmian pada malam 16 Julai 2011 yang telah dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Sepang - Pn. Sheela Suresh. 
   Menariknya, acara gimik pelancaran telah dirahsiakan daripada pengetahuan saya dan semua guru termasuk pihak urusetia dan pengacara.(Yang saya diberitahu perasmi akan memukul gong sebanyak 3 kali). Bilamana lampu dipadamkan semasa lagu 'Final Countdown' dan 'Mission Impossible' diperdengarkan, maka tertanya-tanyalah kami apa yang hendak dilakukan oleh 10 orang guru praktikum IPIS ini. Rupa-rupanya ustaz-ustaz tu berlakon jadi 'Men In Black' - menentang penagih dadah.
   Di hujung gimik, perasmi dan para VIP telah dipanggil naik ke atas pentas untuk memukul gong dan banner yang dilipat dilepaskan dengan belon dan cebisan kertas warna berterbangan. Memang best dan happening sekali persembahan mereka. Tahniah buat guru-guru praktikum yang kreatif dan sporting!
   Tanpa membuang masa, marilah kita menyelusuri perjalanan Kem Motivasi tersebut. Terima kasih buat semua guru dan murid. Semoga doa kita semua dimakbulkanNYA. Amiiinnn....
Program induk Rukun Tetangga Kota Warisan
AJK Pendaftaran
Selesai mendaftar
Minum pagi
Ceramah Motivasi Diri oleh Ustaz Khairul Azwa
Sesi yang sangat sentimental
Cenderahati buat ustaz
Slot Matematik
Slot klinikal subjek B.Inggeris
Sains
Solat Maghrib, solat hajat, bacaan yasin, solat Isyak berjemaah dan ceramah Nisfu Syaaban
Pendaftaran Majlis Perasmian
Selain ibu bapa murid Tahun 6, semua pun dijemput hadir
Peserta kem
GPK setia di sisi
Din selaku pengacara
Bacaan doa oleh ustaz Amir
Ucapan GB
Para VIP
Ustaz Irwan (Naib YDP PIBG) berucap mewakili YDP yang out station
Ucapan En. Nor Aziz - Pengerusi Rukun Tetangga Megah Villa Apartment
Ucapan perasmian Pn. Sheela Suresh
Acara gimik pelancaran
Zawawi menyerahkan pemukul gong kepada Pn. Sheela
Pn. Sheela memukul gong tanda pelancaran
Bergambar kenangan bersama penaja-penaja program
Tanda mata buat perasmi
Persembahan hebat pasukan dikir barat pelajar-pelajar SMK Seri Sepang
Semoga Pn. Sheela selamat melahirkan babynya
Peserta perempuan berposing sebelum tidur
Peserta lelaki dengan aksinya
Guru-guru ada acara BBQnya
Rehat sementara menunggu kambing dan ayam siap dibakar
Gadis dengan gelas
Pengerusi projek test rasa. En. Nor Aziz turut tidur di sekolah malam ni
Mai.. mai..
Menjamu juadah tengah malam
Datang pagi-pagi disambut oleh paip pecah
Orang-orang kuat kem
Ceramah Kemahiran Belajar dan Pengurusan Masa
"Jika kau fikirkan kau boleh..."
Terima kasih En. Samsul
Berkumpul sebelum bersurai
Uacapan penutup GB
Wajah-wajah kepenatan
Majlis penyampaian sijil
Ustaz Syakir- wakil guru praktikum
Nan - wakil guru
Azizi - wakil En. Nor Aziz dan team Rukun Tetangga
Sukanya nak balik
Bergambar bersama sijil

6 comments:

  1. Logo C, G & T tu belum tukar lagi, ya...

    ReplyDelete
  2. Salam IM: Jangan tak tau logo kami - C, T & G bukan C, G & T. Ia dicipta lebih awal iaitu pada 2004 semasa SKKW ditubuhkan. Maknanya BN tiru kamilah hehe... Ia tetap melekat di hati dan bibir kami

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Minggu ni trial kan..
    Best budak2 tu tido kat skul..
    mcm berkhemah plak..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam cik Shinju. Minggu depan trial. Minggu ni mula Gerak Gempur. Memang best giler masing-masing

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum CIKGU AIDA
    Tahniah, sekolah Cikgu memang aktif! Kem sedemikian memang bermanfaat sekali. All the best!

    ReplyDelete
  6. Wsalam cikgu Temuk. Sek saya mcm sek lain juga. Moga kami diberi kemudahan untuk dapat mengadakan program-program seumpama ini pada masa depan. Apapun terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...