Sunday, July 3, 2011

Mana gambarnya?

Bagi memenuhi permintaan cik Shinju yang katanya tak sabar nak tengok gambar saya menyanyi masa Malam Pertandingan Suara Emas tempoh hari, alahai minta maaflah ya. Gambar sedang menyanyi tak ada sebab camerawomannya menyanyi. Tapi gambar-gambar sebelum dan selepas oraitlah kan...
Sebelum bertanding - bersama teman-teman kontingen Selangor
Johan - Imson dari Kedah
Naib Johan dari WP K.Lumpur - Rosita
Adzhar - peserta lelaki Selangor
Posing bila orang dah balik
Terima kasih cikgu Shahrudin share gambar. Tahniah kepada yang berjaya. Saya memang setakat itu ajalah. Minat menyanyi tapi tak pernah berlatih pun. Karaoke pun jaaarang sangat. Tapi saya suka mewar-warkan bahawa penyanyi era 70an - S.Rohani itu adalah emak saudara saya. Orang kata, muka saya macam muka dia - yalah kot sebab saya ikut muka ayah saya; abang kepada S.Rohani. Mak Ndak saya tu sesekali keluar tv berlakon drama... Maknanya adalah sikit-sikit darah artis hehe..

5 comments:

  1. salam..
    apa nak buat ye kak?
    dah tak de kenangan
    lah begitu..tersimpan
    dalam memori je lah..
    :)

    ReplyDelete
  2. Sikit sebanyak mesti ada mewarisi darah/bakat mereka yang ada pertalian dengan darah dengan kita, kan? :)

    ReplyDelete
  3. Salam Zul : Tak pe Aiman tak kisah.

    Salam kakcik : Setakat minat je, tak adalah berbakat manapun.

    Salam kak Hjh Noralenna : Akak pun orang Semabok ke? Entah-entah kita bersedara...

    ReplyDelete
  4. Dapat tgk gambar baju yg dipakai 'artis' malam tu pun dh ok..hehehe... bergaya sungguh pemenang keempat tu yek... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...