Al Fatihah
Arwah ada blog juga rupanya (klik di sini)
Seawal 8.30 pagi, saya sudah berada di SK Taman Seroja untuk bersama-sama rakan-rakan ke rumah arwah. Setiba dalam pukul 10.00 pagi, jenazah telah pun dikebumikan. Kami menunggu sehingga isteri allahyarham balik dari kuburan untuk mengucapkan takziah serta menyampaikan salam dari kawan-kawan yang lain termasuk dari Guru-Guru Besar SJK(C) dan SJK(T) yang turut mengirimkan sumbangan. Suasana muram di hari Jumaat yang mulia ini seolah-olah turut bersedih dengan kepergian arwah. Rupa-rupanya, sehingga semalam arwah masih lagi bertugas pergi ke sekolah seperti biasa. Bahkan malam tadi, arwah turut ke masjid bersolat jemaah serta membaca Yasin. Semoga keluarga allahyarham tabah dengan ujian Allah yang datang secara mengejut dan tidak disangka-sangka ini.
Rumah arwah terletak di Kampung Kundang, Banting
Teratak arwah tersergam indah
YB (Yang Bersara) Hjh. Asriah jiran arwah menyambut kami
Seorang lagi teman YB - Pn. Samsidar
Isteri arwah menyambut salam kami
Semoga isteri dan keluarga arwah sabar dengan ketentuanNYA ini
Sekembali dari rumah arwah, kami singgah di rumah kampung halaman Pn. Sa'diah - GB SK Cyberjaya yang terletak tidak jauh dari rumah arwah. Adik Sa'diah - Asmahani aka "Memeng" menyambut kami. Selepas minum-minum di rumah "Memeng", kemudian kami ke rumah kakak Pn. Sa'diah pula - kak Jijah (tapi tak ambil gambarlah pulak). Terima kasih atas sambutan Sa'diah adik-beradik. Suka kami melihat kemesraan dan layanan kalian. Siapa sangka di sebalik rumah besar di kampung yang telah banyak kali memenangi Pertandingan Kampung Tercantik itu, penghuninya sangat berhati mulia lagi gigih berusaha menngkatkan taraf hidup. Insaf kami mendengar kisah perjalanan hidup kak Jijah yang penyabar itu. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada kami.
Melaram dengan Wan di kerusi empuk kampung Sa'diah
Dengan Rumiah pula
Kak Asmah, kak Zan, Wan, Rumiah dan Sa'diah
Terima kasih atas layanan
Al Fatihah, semoga rohnya di rahmati Allah.
ReplyDelete