Dek kesibukan, lama benar AJK MGB Sepang tak bermesyuarat. Hari ini ketika sekolah bercuti, barulah kami dapat mengadakan Mesyuarat AJK MGB Sepang buat kali ke-2. Itupun, 6 orang AJK tak dapat hadir atas beberapa sebab dan urusan. Mesyuarat kali ini telah diadakan di SKKW - sekolah Setiausaha MGB Daerah. Mesyuarat telah membincangkan beberapa perancangan program termasuk kursus sistem fail terkini untuk semua GB dan PT yang akan dianjurkan dengan kerjasama PPD dalam masa terdekat. Tidak lupa juga kami merancang untuk mengadakan majlis meraikan GB-GB yang telah bersara pada hujung tahun ini.
AJK juga telah meluahkan beberapa permasalahan dan perkembangan terkini berkaitan tugas-tugas seharian. Namun selaku pelaksana dasar, kita hanya mampu menurut perintah dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Apapun, kerjasama adalah asas kekuatan dan kecemerlangan pendidikan. Tahniah buat Guru-Guru Besar daerah Sepang kerana telah berjaya mengekalkan kedudukan ke-4 negeri Selangor dalam peperiksaan UPSR 2011.
Antara AJK MGB Sepang yang hadir
Pengerusi - En. Yahaya Om - GB SK BBST
Rajin Ng (GB SJKC Sepang) mengedarkan air
Ceria
Mesyuarat dah habis, bincang tak habis lagi
hehe..cik ng memang rajin...solute sama dia :P
ReplyDeleteSalam Emi. Saya setuju dgn ustaz..
ReplyDelete