Petang Sabtu (30.6.2012), saya ke pantai Bagan Lalang, Sg. Pelek membawa kumpulan tarian Bidasari Warisan SKKW untuk membuat persembahan dalam program Community Policing Bersama Belia anjuran IPD Sepang (laporan lanjut sila klik blog SKKW di sini). Seronok sungguh melihat anak-anak murid yang dibimbing oleh guru-guru SKKW dan kelas tarian Dance Ever membuat persembahan. Hebat dan mantap! Tahniah buat semua penari cilik dan jurulatih yang memberi komitmen. Semoga terus maju pada masa depan.
Lama tak pergi pantai
Jumpa kuda
Jumpa pak belang
Jumpa isteri boss - peramah orangnya
Anak-anak Bidasari Warisan memang terbaik
Di pentas utama
Bersantai di atas batu
No comments:
Post a Comment