Thursday, November 29, 2012

Mesyuarat Penyediaan Buku Panduan Penggabungan JKuasa Di Sekolah

Ekoran beberapa siri mesyuarat di KPM Putrajaya membabitkan Penggabungan Jawatankuasa Di Sekolah sejak 6 bulan yang lalu (mesyuarat pertama klik di sini), terkini BPSH KPM telah mengadakan Mesyuarat Penyediaan Laporan Program Rintis dan Penyediaan Buku Panduan Penggabungan Jawatankuasa Di Sekolah di Hotel Naza Talyya, Melaka pada 27 - 29.11.2012. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh sebahagian besar Pengetua / Guru Besar / wakil sekolah-sekolah rintis negeri Selangor, WP K. Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan yang telah dilantik sebelum ini.
   YBhg. Dato' Dr. Khair Mohd. Yusof Timbalan KPPM telah hadir memberikan ucapan pada malam hari pertama. Pada hari kedua, beliau telah turun lagi khas dari Putrajaya untuk mendengar laporan hasil bengkel serta memberi rumusan / penambahbaikan. Semasa ucaptama Dato' TKPPM, para peserta masih menyuarakan rintihan dan permasalahan untuk melaksanakan cadangan KPM ini. Ia termasuklah kehendak pemantauan oleh pihak atasan terhadap sekolah yang menjurus kepada sistem fail yang banyak, bilangan & minit mesyuarat, senarai semak pertandingan-pertandingan dll. Namun apabila YBhg. Dato' memaklumkan bahawa penggabungan jawatankuasa ini akan disampaikan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM sehingga kepada pihak PPD, para peserta menarik nafas lega.  
   Pada hari kedua, peserta yang semakin jelas akan halatuju dan intipati yang dicadangkan oleh KPM ini telah berbengkel dengan sangat lancar dan penuh idea-idea yang bernas. Alhamdulillah dalam waktu yang terhad ini, team think tank  ini berjaya jua menyiapkan modul panduan Penggabungan Jawatankuasa Di Sekolah yang Insya Allah akan digunapakai oleh semua sekolah di seluruh negara mengikut kesesuaian KPM kelak. Kesemua sekolah rintis ini akan terlebih dahulu melaksanakan penggabungan Jawatanuasa ini pada tahun depan dan pihak KPM akan sentiasa memantau, membimbing dan melihat keberkesanannya.
   Untuk makluman warga KPM semua, dengan pelaksanaan penggabungan ini, semua Jawatankuasa yang ada di sekolah buat masa ini akan digabungkan menjadi hanya 5 kategori sahaja iaitu;
1. Pengurusan dan Pentadbiran
2. Kurikulum
3. Hal Ehwal Murid (HEM)
4. Kokurikulum dan Sukan
5. Pemuafakatan
   Sesungguhnya jauh di hati kecil ini saya merasa sangat terharu kerana terpilih menjadi sebahagian daripada pasukan pemikir bagi operasi yang sangat besar dan penting ini iaitu melaksanakan salah satu perakuan yang diusulkan oleh Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) 2010. Semoga perubahan dan transformasi ini akan menjadi budaya yang tidak asing bagi warga KPM dalam usaha untuk memantapkan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran (p d p) seterusnya membawa kemajuan serta kejayaan kepada warga sekolah dan lain-lain stakeholders.
YBhg. Dato' Dr. Khair TKPPM memberikan ucapan
Hari Ke-2 : arahan pentadbiran dari pegawai KPM
 Sambil berbengkel sempat lagi berposing
Pembentangan wakil kumpulan
YBhg. Dato' TKPPM turun lagi dari Putrajaya mendengar pembentangan
En. Mohd. Amin Misnoh GPK HEM SMK Seri Sepang wakil  kumpulan JK Pengurusan dan Pentadbiran
Wakil kumpulan JK Pemuafakatan
Membentangkan hasil bengkel bersama rakan-rakan
YBhg. Dato' Khair membuat rumusan dan penambahbaikan
Meneruskan pemurnian hasil perbincangan
Tahniah buat semua rakan team penjana isu nasional ini!

Saturday, November 24, 2012

Pelantikan sebagai JU

Menerima surat pelantikan sebagai JU (Jurulatih Utama) Daerah Sepang bagi Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sesungguhnya sesuatu yang sangat mengujakan. Manakan tidak, selama ini tak pernah terfikir pun untuk menjadi JU - kelak kena beri taklimat kepada orang lain pula. Apapun sekadar berkongsi pengalaman jatuh dan bangun saya sepanjang mengurus PIBG merupakan perkara yang sangat menarik. Laporan sewaktu mengikuti kursus / bengkel anjuran JPN Selangor tempoh hari sila klik di sini
   Seterusnya diharap saya dapat menyampaikan maklumat Sarana ini bersama JU daerah yang lain (Pengetua dan YDP PIBG SMK Putra Perdana) dengan sebaik mungkin. Insya Allah..
Sambil berkursus, seronok jumpa teman-teman GB

Tuesday, November 13, 2012

Guru Disiplin

Pada suatu pagi yang damai, Amin yang terkantoi datang lewat ke sekolah telah disoal oleh guru disipilin...

Guru Disiplin : Kamu ni selalu lambat datang ke sekolah, kenapa??
Amin : Saya bangun lambat, cikgu.

Guru Disiplin : Kenapa bangun lambat?
Amin : Saya tidur tengah malam, cikgu.

Guru Disiplin : Kenapa kamu selalu tidur tengah malam?
Amin : Sebenarnya saya lambat pulang dari sekolah kebelakangan ni, cikgu.

Guru Disiplin : Kenapa pulak kamu lambat pulang dari sekolah kebelakangan ni?
Amin : Kena denda di sekolah, cikgu.

Guru Disiplin : Kenapa kena denda?
Amin : Kerana saya datang lambat ke sekolah, cikgu.

Guru Disiplin : ..??@#$%^&*??..

Monday, November 12, 2012

Cuti-cuti Morib

Kami sekeluarga berkesempatan bercuti di Gold Coast, Morib pada 11 dan 12.11.2012 (Ahad dan Isnin). Kakak saya; Along Ana pun turut sama. Jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakam...
 Edy
Di lobi hotel
 
Ambil gambar
 
Dengan Along Ana
 
Cantik apartmentnya
 
 
 
 
 
Seronok bermain air

Friday, November 9, 2012

Hadiah dari Maha

Hari ini hari terakhir sekolah. Juga hari terakhir buat cikgu Mahalecthumy bersama guru-guru dan murid-murid SKKW. Sebagai tanda ingatan, Pn. Maha telah menghadiahkan saya sebuah beg berisi sesuatu. Sampai rumah, saya pun buka. Sama seperti hadiah-hadiah lain yang saya terima, hadiah yang ini sangat bernilai. Cuma ia agak menarik sedikit. Jom tengok...
 
 
 
 Amacam? Terima kasih, Maha
Pagi tadi serah cenderamata KGK buat Maha

Sunday, November 4, 2012

Program PIBG hujung tahun 2012

Memandangkan tinggal seminggu lagi nak cuti sekolah, program tak putus-putus. Semalam (3.11.2012 - Sabtu) ada program Ceramah Keibubapaan, hari ini pula (4.11.2012 - Ahad) Kejohanan Futsal dan Bola jaring . Kedua-duanya adalah anjuran PIBG SKKW dan Rukun Tetangga Megah Villa Apartment, Kota Warisan.
   Terima kasih kepada pihak penganjur terutama dalam menampung kos penganjuran melibatkan bayaran penceramah, jamuan dan hadiah pemenang. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada peserta-peserta program serta para pemenang. Semoga bertemu lagi tahun depan untuk program-program kecemerlangan dan kemasyarakatan yang lebih berkesan.
Bersama banner dua program utama PIBG
Laporan lanjut kedua-dua program sila klik blog PIBG di sini dan blog SKKW di sini.

Saturday, November 3, 2012

Dinner SKKW 2012

Tahun ni sekali lagi Jamuan Akhir Tahun guru-guru dan staf SKKW diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya pada 2.11.2012 (Jumaat malam Sabtu). Tema tahun ini ialah etnik kreatif. Jom tengok saya bersama guru-guru dan staf sekolah melaram...
 
 
 
 
 En. Suami bersama YDP PIBG - En. Nor Aziz
 Ayu dan Alang
 Acik dan Along Ana
 Ucapan penghargaan buat semua
 Bersama PK Koku - Mimi dan PK HEM - Pn. Asnah
 Menerima hadah hari jadi dari Pn. Asnah
 
 Menyampaikan hadiah cabutan bertuah
 
 
 
 
 En. Suami menerima hadiah ahli keluarga paling ramai hadir
 Pemenang hadiah pakaian cantik - 1. Nor Mi Aw. Nik
 2. Azira
 3. Zanie
 4. Zahrulhuda
 5. Mariatul Kabtia
6. Mahalecthumy
7. Rosmawati 
 8. Rusnah
 9. Maz Azlee
10. Tak sangka terpilih juga 
 Cenderamata tunai untuk Farizul buat tambang berulang-alik Kelantan Selangor
 Kesemua 10 pemenang bergambar kenangan
 
 
 
Jumpa lagi tahun depan dengan tema yang lebih mengancam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...