Wednesday, April 18, 2012

Simulasi Kebolehlaksanaan

Hari ini saya dan Kak Noredzan bersama 38 orang Pengetua dan Guru Besar /  wakil telah menghadiri Mesyuarat Simulasi Kebolehlaksanaan Penggabungan Jawatankuasa Di Sekolah yang diadakan di Bilik Mesyuarat Semarak, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM, Putrajaya. Mesyuarat ini adalah susulan daripada perakuan utama yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) 2010 yakni bagi menggabungkan jawatankuasa yang terdapat pada peringkat sekolah sebagai cadangan penyelesaian kepada isu tersebut. 
   Terima kasih diucapkan kepada KPM kerana memberi peluang kepada kami untuk terlibat dalam penambahbaikan sistem dan dasar pendidikan negara. Meskipun mesyuarat tadi berbaur perdebatan yang agak panas dari para pentadbir, namun selaku pelaksana segala arahan dan perintah akan dipatuhi dengan sebaik mungkin. 
   Semua sekolah yang terpilih ini akan menjalani projek rintis simulasi cadangan tersebut selama 2 bulan mulai bulan Mei 2012 ini. Semoga hasil daripada simulasi ini kelak akan dapat mengurangkan bebanan tugas guru yang terpaksa menganggotai pelbagai jawatankuasa seterusnya membolehkan tumpuan diberikan kepada pelaksanaan tugas guru secara berkesan. Diharapkan apa jua dapatan daripada sekolah-sekolah rintis ini nanti akan dapat menjurus kepada penyelesaian masalah sebenar. Insya Allah..

2 comments:

  1. waah...bestnye dengar crite ni..sapa yg jd perintis n bahan exprerimen tu? adakah skola2 dr pentadbir2 yg hadir tu? perdebatan hebat n panas antara siapa dengan siapa tu? adakah para pentadbir sekola bersatu suara melontar idea...?hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Emi. Semua sek yang dipanggil tadi termasuk SKTS dan SKKW adalah sek rintis simulasi ini. Tunggulah GB Emi buat taklimat nanti. Maksud perdebatan itu ialah di antara pentadbir sek-sek yang hadir tadi dgn pegawai-pegawai BPSH KPM tulah. Jangan tak tau, kami sangat bersatu hati melontarkan pandangan akar umbi. Nampak seolah-olah penjenamaan semula tapi benda yang sama. Kebanyakan sek yang hadir tidak ada masalah sehingga perlu digabungkan JK-JK tu. Masalah yang kami nampak di peringkat program yang turun. Insya Allah hujung Mei nanti, kami akan bermesyuarat lagi bersama lebih banyak Bahagian KPM spt nazir, SBP dll.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...