Thursday, November 29, 2012

Mesyuarat Penyediaan Buku Panduan Penggabungan JKuasa Di Sekolah

Ekoran beberapa siri mesyuarat di KPM Putrajaya membabitkan Penggabungan Jawatankuasa Di Sekolah sejak 6 bulan yang lalu (mesyuarat pertama klik di sini), terkini BPSH KPM telah mengadakan Mesyuarat Penyediaan Laporan Program Rintis dan Penyediaan Buku Panduan Penggabungan Jawatankuasa Di Sekolah di Hotel Naza Talyya, Melaka pada 27 - 29.11.2012. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh sebahagian besar Pengetua / Guru Besar / wakil sekolah-sekolah rintis negeri Selangor, WP K. Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan yang telah dilantik sebelum ini.
   YBhg. Dato' Dr. Khair Mohd. Yusof Timbalan KPPM telah hadir memberikan ucapan pada malam hari pertama. Pada hari kedua, beliau telah turun lagi khas dari Putrajaya untuk mendengar laporan hasil bengkel serta memberi rumusan / penambahbaikan. Semasa ucaptama Dato' TKPPM, para peserta masih menyuarakan rintihan dan permasalahan untuk melaksanakan cadangan KPM ini. Ia termasuklah kehendak pemantauan oleh pihak atasan terhadap sekolah yang menjurus kepada sistem fail yang banyak, bilangan & minit mesyuarat, senarai semak pertandingan-pertandingan dll. Namun apabila YBhg. Dato' memaklumkan bahawa penggabungan jawatankuasa ini akan disampaikan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM sehingga kepada pihak PPD, para peserta menarik nafas lega.  
   Pada hari kedua, peserta yang semakin jelas akan halatuju dan intipati yang dicadangkan oleh KPM ini telah berbengkel dengan sangat lancar dan penuh idea-idea yang bernas. Alhamdulillah dalam waktu yang terhad ini, team think tank  ini berjaya jua menyiapkan modul panduan Penggabungan Jawatankuasa Di Sekolah yang Insya Allah akan digunapakai oleh semua sekolah di seluruh negara mengikut kesesuaian KPM kelak. Kesemua sekolah rintis ini akan terlebih dahulu melaksanakan penggabungan Jawatanuasa ini pada tahun depan dan pihak KPM akan sentiasa memantau, membimbing dan melihat keberkesanannya.
   Untuk makluman warga KPM semua, dengan pelaksanaan penggabungan ini, semua Jawatankuasa yang ada di sekolah buat masa ini akan digabungkan menjadi hanya 5 kategori sahaja iaitu;
1. Pengurusan dan Pentadbiran
2. Kurikulum
3. Hal Ehwal Murid (HEM)
4. Kokurikulum dan Sukan
5. Pemuafakatan
   Sesungguhnya jauh di hati kecil ini saya merasa sangat terharu kerana terpilih menjadi sebahagian daripada pasukan pemikir bagi operasi yang sangat besar dan penting ini iaitu melaksanakan salah satu perakuan yang diusulkan oleh Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) 2010. Semoga perubahan dan transformasi ini akan menjadi budaya yang tidak asing bagi warga KPM dalam usaha untuk memantapkan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran (p d p) seterusnya membawa kemajuan serta kejayaan kepada warga sekolah dan lain-lain stakeholders.
YBhg. Dato' Dr. Khair TKPPM memberikan ucapan
Hari Ke-2 : arahan pentadbiran dari pegawai KPM
 Sambil berbengkel sempat lagi berposing
Pembentangan wakil kumpulan
YBhg. Dato' TKPPM turun lagi dari Putrajaya mendengar pembentangan
En. Mohd. Amin Misnoh GPK HEM SMK Seri Sepang wakil  kumpulan JK Pengurusan dan Pentadbiran
Wakil kumpulan JK Pemuafakatan
Membentangkan hasil bengkel bersama rakan-rakan
YBhg. Dato' Khair membuat rumusan dan penambahbaikan
Meneruskan pemurnian hasil perbincangan
Tahniah buat semua rakan team penjana isu nasional ini!

4 comments:

  1. membaca blog AA selalu, membuatkan IM tercampak ke dalam dunia perguruan dan selalu terbayang rupanya beginilah kesibukan guru-guru IM dulu...

    teruskan menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam IM. Cuti sekolah kali ini sangat padat buat pentadbir, demi transformasi pendidikan negara..
      Terima kasih kerana IM suka melayari kisah perjalanan ini.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...