Saturday, December 15, 2012

JU Sarana berkongsi cerita

Hari ini dalam sejarah - selaku Jurulatih Utama (JU), saya menjalankan tugas menyampaikan taklimat kepada peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, YDP PIBG / wakil sekolah-sekolah seluruh daerah Sepang semasa Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Daerah Sepang. (Laporan lanjut sila klik blog PIBG SKKW di sini.)
   Sesungguhnya pengalaman ini sangat manis dan berharga buat diri saya yang kerdil ini. Terima kasih kepada pihak yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan juga Setiausaha PIBG SKKW; Pn. Nor Anikah menjalankan tugas nasional ini. Mujurlah topik PIBG ini memang sangat saya minati kerana sejarah saya jatuh-bangun dalam arena PIBG ini tak terjangkau dek mana-mana pengurus sekolah. Saya gembira dapat berkongsi dengan teman-teman pentadbir yang lain perjalanan kerjaya saya dalam mengurus PIBG ini seterusnya berkongsi dapatan / tips / teguran semasa pemantauan Anugerah PIBG Cemerlang peringkat negeri dan kebangsaan tempoh hari. 
   Harapan saya agar semua sekolah akan memantapkan lagi pengurusan PIBG masing-masing seterusnya bakal meraih kejayaan yang lebih baik daripada sekolah kami dalam pertandingan yang akan datang.
Bersedia untuk menyampaikan slot
Aksi-aksi JU semasa berceramah
 Peserta taklimat
 Bersama hadiah dari PPD Sepang
Sewaktu peserta berbengkel
Bersama barisan JU
Terharu namun puas
 Mentor PIBG SKKW

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...