Saturday, June 30, 2012

Community Policing

Petang Sabtu (30.6.2012), saya ke pantai Bagan Lalang, Sg. Pelek membawa kumpulan tarian Bidasari Warisan SKKW untuk membuat persembahan dalam program Community Policing Bersama Belia anjuran IPD Sepang (laporan lanjut sila klik blog SKKW di sini). Seronok sungguh melihat anak-anak murid yang dibimbing oleh guru-guru SKKW dan kelas tarian Dance Ever membuat persembahan. Hebat dan mantap! Tahniah buat semua penari cilik dan jurulatih yang memberi komitmen. Semoga terus maju pada masa depan.
Lama tak pergi pantai
 Jumpa kuda
Jumpa pak belang
 Jumpa isteri boss - peramah orangnya
Anak-anak Bidasari Warisan memang terbaik
Di pentas utama
Bersantai di atas batu

Friday, June 29, 2012

Sambut orang Langkawi

Gembira hati warga PIBG dan sekolah hari ini kerana menerima tetamu istimewa dari SK Padang Mat Sirat, Langkawi, Kedah...
 
Bye-bye! Semoga berjumpa lagi di Langkawi
(Laporan lanjut sila ikuti blog PIBG SKKW di sini)

Thursday, June 28, 2012

Kursus PSS di IAB

Oleh kerana lama sungguh tak berkursus di IAB, maka peluang dipanggil berkursus di IAB Induk, Genting Highlands oleh JPS tidak saya lepaskan begitu sahaja meskipun rakan-rakan GB yang lain menolak dan mewakilkan kepada GPK masing-masing. Kalau diikutkan sibuk, saya pun nyaris-nyaris tak jadi join. Mujur semangat masih kuat. 
   Hakikatnya banyak faktor menolak daripada menarik berkursus di IAB Genting ni - siapa yang pernah berkursus di sana taulah sebab musababnya. Kalau ada kawan, boleh juga  dilelapkan mata akan masalah-masalah tersebut. Tapi kalau seorang diri, baik tak payah. Maka sebab itu, tak hairanlah mengapa kursus yang sepatutnya dihadiri oleh 30 orang kerap kali kurang mendapat sambutan bahkan ada yang sekitar 15 orang sahaja. 
   Namun, sesungguhnya saya memperolehi banyak ilmu, maklumat dan kawan sepanjang 4 hari berkursus Pengurusan Pusat Sumber di IAB pada 25 - 28 Jun 2012 yang lalu. Lebih santai lagi, last minute saya pergi dengan menumpang Pn. Siti Aishah - pegawai PPD Sepang yang bertanggungjawab terhadap PSS daerah kami.
Taklimat khas oleh wakil Pengarah IAB - En. Mohd. Dawi Ithnin kepada kesemua peserta 13 kursus yang sedang berjalan di IAB
 Jumpa kawan UPSI - Chan Lee Yoon
Pensyarah Pn. Som
Ishak Noh (GB SK Metodist, Sepang) sedang membuat pembentangan 
Alias Ismail (GB Terengganu)
 Jumpa Yati Bakri (GB Petaling Utama)
 Kumpulan Belanda
 Melawat Pusat Sumber IAB
 Bersama ustazah Aida Abdullah GPK HEM SK Cyberjaya
Koleksi keratan akhbar Pendidikan Khas
Idea untuk aku janji UPSR
 Selesai lawatan
Bengkel
Aida menulis di kertas mahjung
Kumpulan Denmark membuat pembentangan
Keceriaan ahli kumpulan Denmark yang lain
Sifu kumpulan Belanda buat presentation - Pn. Siti Aishah
Bengkel lagi
Pensyarah
 Ceria
 Di kafetaria menikmati minum pagi IAB
Bersama pulut + serawa durian teman sekursus bawa
Sedap tu..
Semeja dengan pensyarah
Terima kasih, rodong
Hj. Mohd Noor (GB Pahang) suka buat kelakor
Giliran Datin penghuluwati membuat pembentangan
Acara penutup dipengerusikan oleh pegawai PPD Sepang
Barisan pensyarah
Ucapan Datuk Penghulu - Cikgu Othman (GB KL)
Ucapan Pengurus Kursus - En. Sukumaran
Penyampaian cenderamata dari para peserta buat para pensyarah
Sijil penyertaan IAB untuk semua peserta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...