Di tengah-tengah kesibukan membuat persiapan majlis perkahwinan Along, saya mendapat arahan pertukaran ke SK Salak, Sepang. Dah namanya penjawat awam, saya akur dan sentiasa menurut perintah. In syaa Allah selepas selesai penyerahan tugas, saya akan melapor diri di sekolah baharu awal Mei 2013 nanti. Sedih memanglah sedih, namun saya percaya penghijrahan saya ini mengandungi rahmat dan kebaikan tersendiri. Selamat Tinggal SK Kota Warisan - sekolah tempat saya berkhdmat hampir 10 tahun. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja..
Kenangan Sambutan Hari Guru SKKW 2012
No comments:
Post a Comment