Wednesday, June 19, 2013

5 * SSQS

Secara peribadi, saya merasa sangat gembira atas penganugerahan Sijil 5 Bintang SSQS pada 19 Jun 2013 (berita lanjut sila klik di sini) kepada SK Kota Warisan yang saya terajui sejak 10 tahun yang lalu. Mungkin tidak segah manapun penganugerahan tersebut, namun saya mempunyai sebab tersendiri untuk merasa bangga dan puas. Entah mengapa saya merasakan 'perjuangan' saya dalam bidang cyber dengan menjerumuskan diri dalam arena blogging bermula dengan blog peribadi yang angkat bakul namun tak kurang dengan pengalaman pahit-manis seterusnya beranak-pinak mengurus blog-blog sekolah serta sub-subnya, semuanya seolah-olah amat berbaloi. 
   Penglibatan saya dalam dunia maya ini barangkali telah memberi sedikit sebanyak sumbangan terhadap penganugerahan tersebut di samping kecemerlangan penggunaan ICT warga SKKW dalam bidang pembangunan kompetensi, integrasi pengurusan dan p & p, sistem serta teknologi sedia ada. Tahniah buat semua guru, murid, ibu bapa dan masyarakat setempat atas pencapaian tersebut. Saya tumpang sekaki dengan penuh rasa syukur..
 Menerima sijil 5  Bintang SSQS daripada Tuan Pengarah JPS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...