Berikutan berlakunya banyak kejadian pecah rumah di kawasan perumahan Warisan Mulia, Kota Warisan ini, maka penduduk telah mengusahakan satu perjumpaan bagi membincangkan isu keselamatan. Selain bertujuan untuk mencari jalan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut, dapatlah kami mengeratkan silaturrahin sesama jiran tetangga. Resolusinya, jadual kawalan oleh pengawal keselamatan yang sedia ada akan dilanjutkan kepada sebelah siang juga. Ahli-ahli mesyuarat besetuju untuk menaikkan bayaran bulanan. Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan ini mendapat kerjasama semua penduduk dan dapat meningkatkan tahap keselamatan khususnya di kawasan Warisan Mulia ini.
No comments:
Post a Comment