Sunday, February 16, 2014

Majlis perpisahan GB

Esok iaitu pada 17 Februari 2014, bermulalah era baru saya sebagai Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Saya telah menerima surat pertukaran pada hari Khamis 6.2.2014 ketika saya sedang bercuti panjang sempena perkahwinan anak saya. 10 tahun mengurus dan mentadbir SK Kota Warisan, terlalu banyak kenangan pahit manis berjuang membangunkan SKKW bersama guru, staf dan ibu bapa warga SKKW. Jatuh bangun bertahun-tahun sehingga beroleh serba sedikit kecemerlangan dalam bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum di peringkat daerah, negeri maupun kebangsaan.
   Selamat tinggal SK Kota Warisan yang sangat saya sayangi. Semoga SKKW akan terus maju dan cemerlang pada masa depan. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang telah saya lakukan selama ini.
   Terima kasih buat seluruh warga SKKW yang telah mengadakan majlis perpisahan serta jamuan hi tea yang sangat istimewa pada 14.2.2014 buat saya dan Pn. Mimi Hidayah binti Mohd Adam; GPK Kokurikulum SKKW yang bertukar ke SK RTB Bukit Changgang, Kuala Langat.
   Saya akan cuba menabur khidmat bakti semampu yang boleh di sekolah baharu nanti sebagaimana yang telah diamanahkan oleh PPD Sepang. Komitmen dan keikhlasan resepi sebuah kejayaan. Ayuh warga pendidik di mana jua teruskan perjuangan demi anak bangsa - waris pemimpin masa depan.
Majlis perpisahan di sekolah :
Bersama GPK & staf pejabat
Bersama staf dan guru di pejabat GB
Bersama bekas anak-anak murid yang turut hadir meraikan hari terakhir saya
Selamat tinggal GPK-GPK yang saya sayangi
Bersama jurukamera power - Shazwani
Bersama AJK PIBG : Azlin & Wan Nur Suhaila
Bersama Ida Kedai Buku
Anak murid ini menggamit saya dari pintu PPKI
Bersama guru-guru PPKI
 Punch card buat kali terakhir
Sambutan bunga manggar
Diiring ke dewan
Ucapan Pn. Shikin - GPK1
Bagai pengantin di singgahsana
Ucapan En. Hamdan - NYDP PIBG
Persembahan multimedia biodata
Anak-anak murid yang dikasihi - Selamat Tinggal semua
Cendera kenangan dari Pn. Shikin
Ucapan perpisahan Pn. Mimi
Ucapan terakhir dari saya
Meraikan persembahan murid-murid
Menerima hadiah dari murid-murid
Dari guru-guru praktikum
Dari PIBG
Terima kasih semua

 Lebih 10 tahun yang lalu kami sama-sama melapor diri, hari ini kami diraikan dalam majlis perpisahan yang sama
 Bergambar kenangan bersama semua guru
 
 Kereta saya dihias indah bagai orang yang hendak bersara
Sampai di rumah :
 Mengalahkan kereta pengantin
Tu dia hadiah penuh bonet
Kalah hadiah pengantin
 Hi tea di Nyonya Valley, Cyberview:
Mc Rohaizat
Ucapan Shikin
Ucapan Mimi
Ucapan yang diakhiri dengan alunan lagu Uji Rashid
Terima kasih - sedap juadahnya
Setiap hadiah amat bermakna buat diri ini - terima kasih
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa..
Kenangan bersama kalian takkan dapat saya lupakan
Sesi bergambar di tepi kolam :
"Selamat tinggal bungaku..."
Di rumah :
 Cenderahati tanda kenang-kenangan
Siapa kata nasi tak minyak,
Sudahlah minyak berniaga pula,
Siapa kata hadiah tak banyak,
Sudahlah banyak berharga pula.
Kami Benci Dadah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...