Atas nama komitmen, saya hadir selaku Penasihat ke Mesyuarat AJK PIBG SKTPP pada sebelah malam hari kedua bertugas. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan persiapan Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada 15 Mac 2014. Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar dengan penuh semangat kekeluargaan. Saya turut berkongsi pengalaman mengurus PIBG Cemerlang Negeri Selangor (SKKW) dengan YDP dan semua AJK sekolah baru saya. Insya Allah iltizam membara untuk menjulang PIBG SKTPP yang sudah sedia cemerlang ke puncak kegemilangan.
Terima kasih atas sumbangan sebelum ini oleh PIBG yang melibatkan kelas PPKI dan lain-lain. Terima kasih jua kepada PIBG kerana sudi menyerahkan Bilik PIBG yang telah dilengkapkan dengan aircond dan kerusi kepada pihak sekolah untuk dijadikan Bilik Sumber PPDa. Terubat rasa di hati ini atas ruang yang diberi kepada saya untuk meneruskan perjuangan dan minat saya terhadap PPDa ini. Ayuh SKTPP - kita meriahkan sekolah kita dengan info dan aktiviti Benci Dadah demi keutuhan jati diri anak-anak didik kita agar sentiasa kebal daripada ancaman DARIH!!
No comments:
Post a Comment