Sunday, May 11, 2014

Selamat Hari Ibu mak

Akhir-akhir ini, emak kian uzur. Keluar-masuk hospital sudah menjadi rutin mak. Hospital Besar Melaka dan Hospital Jasin sudah menjadi rumah kedua mak. Terima kasih banyak buat adik-adik yang bekerja dan tinggal di Melaka; Eta, Jaja, Along Nizah dan Ella serta adik-adik ipar yang banyak berkorban meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit menjaga emak tanpa mengenal erti jemu. Adik-beradik lain juga sentiasa mencari masa untuk pulang menziarahi emak bila ada masa terluang.
   Sempena Hari Ibu yang disambut di seluruh negara hari ini, ingin kami mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat mak yang disayangi. Semoga mak segera sihat amin amin ya rabbal alamin...
Dedikasi kami buat mak dan nenek yang dikasihi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...