Friday, May 16, 2014

Sambutan Hari Guru SKTPP 2014

Selepas 10 tahun saya merayakan Sambutan Hari Guru di SK Kota Warisan (nostalgia Sambutan Hari Guru SKKW 2013 di sini), tahun ini saya meraikannya di sekolah baharu - SK Taman Putra Perdana. Tema kami adalah biru warna kelembutan. Selepas bergembira di sekolah pada sebelah pagi, guru-guru bersama-sama menikmati hi tea pada sebelah petang di Restoran Seafood Putrajaya yang sangat eksklusif. Semoga majlis seumpama ini akan merapatkan lagi ikatan ukhwah sesama guru seterusnya memberi impak kepada para guru dalam melaksanakan tugas yang semakin mencabar kini. Wahai anak-anak murid, belajarlah menghargai guru-guru kalian kerana tanpa guru siapalah cikgu sekalipun. Terima kasih Cikgu....

Sambutan sebelah pagi
Juru iring khas
Guru-guru bersedia
Guru-guru melangkah dengan penuh bergaya diiringi paluan kompang dan bunga manggar
Baca yaasin dulu mohon keberkatan
Ustaz Mahadir memimpin bacaan yasin
Murid ramai melimpah sehingga ke belakang dewan tekun membaca yasin
Negaraku...
Gambar-gambar sepanjang program boleh diikuti dalam blog SKTPP di sini (on the way)

Memandangkan blog ini kepunyaan saya, jom tengok gambar-gambar saya semasa Sambutan Perayaan Hari Guru tersebut....
Persembahan guru-guru ikut rumah sukan
Tarian payung
 Deklamasi sajak oleh GB : "Ceritanya"
Kumpulan saya : Gadis dan Bunga
Pasangan saya
Persembahan yang mencuit hati anak-anak murid
Hasil undian oleh murid-murid, Anugerah Guru Paling Tegas jatuh kepada Cikgu Shahrizal
Cikgu Mus mengambil hadiah Anugerah Guru Paling Kacak mewakili Cikgu Kamarul
Anugerah Guru Paling Cantik - Cikgu Norinna
Guru Disiplin; Cikgu Arnny menerima hadiah Guru Paling Penyayang - cayalah Arnny!!
Terima kasih semua atas hadiah-hadiah yang diberi
Hi tea sebelah petang
Ketibaan YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar diiringi SU KKGK - Ustazaah Wan Sarinah
 Penasihat dan YDP PIBG bersama SU Kehormat PIBG; Cikgu Noor Hafizan dan anaknya
Meja VIP di sudut yang sangat privasi lagi menarik
NYDP; Pn. Zarina, YDP Tn. Hj. Khairul, GPK Koku; Tn. Hj. Ahmad Fuadi dan Pengerusi KKGK; Ustaz Zurilazman
Makanannya boleh tahan
 Happy Birthday to you
Guru-guru yang lahir dalam bulan Mei diraikan
Kek pemberian UMNO Bahagian Sepang - thank you
Hadiah Cabutan Bertuah
Tahniah buat semua guru. Semoga kita akan terus menyayangi kerjaya kita ini
(Layan juga laporan bergambar majlis yang sama dalam blog SKTPP di sini)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...