Friday, September 5, 2014

Harga Sebuah Anugerah



Terima kasih banyak buat PPD Sepang atas penganugerahan Anugerah Inovasi Kepimpinan PPDa yang sangat bermakna ini (laporan lanjut sila klik di sini). Sejak terlibat dengan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) mulai tahun 2010 lagi, tidak pernah terlintas di hati saya untuk diberi anugerah ini. Namun tak dapat saya nafikan demi minat dan cinta saya terhadap PPDa yang amat mendalam, justeru penghargaan ini sangat manis lagi berharga buat saya. 
   Sesungguhnya penghargaan ini saya dedikasikan buat guru-guru SKKW dan kini SKTPP yang sentiasa memberi sokongan padu dalam menjustifikasikan hasrat dan kudrat ke arah melahirkan generasi bebas dadah dan DARIH. Buat beberapa orang rakan GB saya yang telah berkongsi minat yang sama memberikan saya semangat serta kesabaran dalam melaksanakan tanggungjawab ini, penghargaan ini milik kita bersama. Terima kasih banyak khususnya buat Pn. Jamilah Abd. Rahman - GB SK Taman Bukit Indah, Gombak serta En. Ramlee Abu Bakar - GB SK Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah di mana sekolah masing-masing pernah mendapat Tempat Kedua dan Johan Pertandingan PPDa peringkat kebangsaan. 
   Last but not least sedalam-dalam terima kasih diucapkan kepada Pegawai PPDa PPD Sepang kerana merealisasikan anugerah ini hingga menjadi milik saya. Jasa tuan amat banyak dan takkan saya lupakan sampai bila-bila... 
   Mengimbas kembali penglibatan saya dalam PPDa sebelum bertukar ke SKTPP, marilah kita selusuri sejarah itu mengikut kronologi berikut;
1) Taklimat dan pemantauan PPDa SK Kota Warisan pada 2011 di sini dan di sini - Keputusan : Tempat Ke-3 Negeri Selangor
2) Pemantauan PPDa SKKW 2012 di sini - Keputusan : Naib Johan Negeri Selangor
3) Pemantauan PPDa SKKW 2013 di sini - Keputusan : Johan Negeri Selangor
4) Lawatan penanda arasan bersama guru-guru SKKW ke SK Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah di sini
5) Lawatan penanda arasan ke SK Desa Amanpuri, Gombak di sini
6) Mesyuarat Penyelarasan PPDa peringkat kebangsaan 2014 ke SMK Bukit Indah, Gombak anjuran JPN Selangor di sini
7) Lawatan benchmarking ke SK Taman Bukit Indah, Gombak di sini
8) Pameran PPDa di Surau Al-Hijrah Kota Warisan di sini 
   Pada tahun 2014 ini, SKKW akan mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. Meski saya tidak lagi bersama guru-guru dan warga SKKW, namun seluruh jiwa dan raga saya tetap merasakan denyut nadi count down itu. Sesekali saya akan menghubungi guru-guru SKKW bertanya khabar dan membantu setakat yang boleh. Terima kasih juga buat guru-guru SKKW khususnya Pn. Che Ruzana yang tak jemu-jemu berkongsi ilmu PPDa bersama guru-guru di sekolah baharu saya; SK Taman Putra Perdana
   Setelah menjadi pengurus di SKTPP, hasrat saya untuk melebar dan melaksanakan PPDa seaktif di SKKW telah disambut baik oleh warga guru, murid dan PIBG SKTPP. Terima kasih dari hati saya yang luhur. Permuafakatan dicapai, seluruh sekolah sehati sejiwa bergerak untuk menghayati visi dan misi PPDa. Semoga PPDa di SKTPP akan mengharumkan nama daerah Sepang sebagaimana yang dicapai oleh SKKW di samping membina daya tahan yang kental dalam diri anak-anak murid SKTPP agar menjauhi dadah demi masa depan mereka yang cemerlang..
"DADAH MUSUH NEGARA"
Lawatilah blog PPDa SKTPP di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...