Sunday, September 14, 2014

Kenduri doa selamat di Bangi

Cuti sekolah yang baru bermula hadir bersama jemputan kenduri di sana-sini. Hari ini saya sekeluarga telah memenuhi undangan kenduri doa selamat Tn. Hj. Khairul - boss Syarikat Prolintas; tempat kerja suami. Saya amat teruja dengan kediaman beliau yang begitu menarik. Rumah teres corner lot di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi itu kelihatan seperti hotel. Tambah menyejukkan pemandangan dan perasaan ialah kolam di bahagian luar rumah. Seni taman rumah ini juga sangat harmoni. Rumah ini tanpa pagar, hanya dipisahkan dengan tembok yang rendah yang ditanam pokok-pokok renek serta pokok bonsai.
   Hobi tuan rumah juga sangat menarik di mana keluarga ini memelihara seekor kucing hutan yang diberi nama Chunky. Chunky juga mempunyai rumah yang istimewa dengan pembinaan tangga mengelilingi dinding dari tingkat bawah ke atas, siap ada ruang tinjau ke luar lagi, layak seperti di atas pokok - merupai habitat sebenar seekor kucing hutan. Tahniah buat Tn. Hj. Khairul dan keluarga atas kreativiti dan inovasi yang sangat istimewa dan unik...

 Majlis khatam, tahlil dan bacaan yaasin di dalam rumah
Kolam di luar rumah tanpa pagar
Edy dan rakannya bersama Chunky yang berusia 3 tahun
 Kucing ini tidur siang berjaga malam
Wajah Chunky macam singa
Tumpang bermanja
Ruangan yang dibina tangga dari tingkat bawah ke atas
Sebelah kiri Edy tu : tempat makan dan mandi Chunky

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...