Tuesday, December 5, 2023

Persaraanku

Alhamdulillah akhirnya sampai juga saya ke penghujung perjalanan saya selaku penjawat awam. Pada 5 Disember 2023 saya telah bersara wajib. Syukur ya Allah Kau kurniakan aku kesihatan yang sempurna. Semoga Kau terus memelihara & merahmati hidupku untuk fasa seterusnya.. aamiin...

Terima kasih banyak buat warga sekolah yang telah mengadakan majlis-majlis persaraan saya yang begitu gilang-gemilang yang amat-amat saya hargai. Pasti akan saya kenang sepanjang hayat dan menjadi memori manis untuk dikenang terutama di kala kesunyian nanti..


Majlis pra persaraan telah diadakan pada hari Jumaat 1 Disember 2023 sesi pagi & petang..

Busana majlis pra persaraan

Majlis persaraan pada hari terakhir bertugas 4 Disember 2023 sila klik di sini..



"Permaisuri" Kesultanan Melayu bersemayam di singgahsana Dewan Perdana SKTPP semasa majlis persaraan

Tuesday, October 24, 2023

Sijil Penghargaan Pencalonan Anugerah Khas Pendidikan Kategori Kepimpinan Rendah Negeri Selangor 2023 & 2021

Alhamdulillah terima kasih buat PPD Sepang atas pemberian sijil penghargaan selaku calon Daerah Sepang Anugerah Khas Pendidikan Kategori Kepimpinan Rendah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 & 2021. Meskipun lewat hadirnya, namun amat besar nilainya lagi sangat bermakna buat diri ini. Pasti menjadi kenangan manis yang takkan dilupa sepanjang hayat. Setinggi-tinggi & sedalam-dalam penghargaan serta terima kasih buat guru-guru yang banyak membantu menyiapkan dokumentasi ini. Bukan sedikit masa & keringat telah dicurahkan bagi menzahirkan "tesis-tesis" ini. Takkan saya lupakan pengorbanan kalian & seluruh warga sekolah. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.. 

"Better late than never"

"Siapalah saya tanpa kalian"




Terima kasih PPD Sepang💐













Persiapan dokumentasi anugerah 2023






Sekotak fail dokumentasi anugerah 2021

Saturday, April 1, 2023

Ulangtahun Yang ke-22 Menjadi Guru Besar

Hari ini 1 April 2023 genap 22 tahun pelantikan saya sebagai Guru Besar.. Sebuah perjalanan yang panjang penuh ranjau pahit san manis. Syukur alhamdulillah atas segala yang Kau kurniakan. Semoga diri ini diberi kekuatan, ketabahan, kesihatan dan keberkatan oleh Allah Yang Maha Esa... Kau permudahkanlah urusanku menuju hari-hari akhir perkhidmatanku hujung tahun ini.. Sesungguhnya semangat ini masih tinggi meski onak duri sesekali melingkari. KepadaMu jua aku berserah. 

  Terima kasih banyak buat guru-guru dan staf anak-anak buah serta anak-anak murid yang sangat kusayangi. Kudoakan kita semua berbahagia dunia dan akhirat.. aamiin ya Allah..

Surat pelantikan sebagai Guru Besar SK (2) Jalan Selangor, Petaling Jaya pada 1 April 2001

Tuesday, March 21, 2023

Pencalonan Anugerah Kepimpinan 2023

Tahun ini saya tercalon lagi untuk Anugerah Khas Kepimpinan Rendah sempena Sambutan Hari Guru Negeri Selangor 2023. Terima kasih guru-guru think tank penyediaan dokumentasi berkenaan. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Terima kasih buat semua guru dan staf atas sokongan dan segala bantuan terhadap AJK Penyediaan serta saya sendiri. Terima kasih juga buat semua guru dan murid atas pencapaian-pencapaian kalian yang saya jadikan bahan untuk penilaian. Semoga usaha kita kelihatan hebat dan mempunyai kelas tersendiri..

Untuk berjaya rasanya hampir mustahil.. sebab saya kurang pencapaian kebangsaan apatah lagi antarabangsa. Namun saya sudah cukup berpuashati, gembira dan bahagia bila PPD mencalonkan saya mewakili PPD Sepang.. syukur alhamdulillah.. Semoga dapat membanggakan PPD Sepang dengan hasil yang disediakan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...