Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru di negara kita. SKKW juga tidak ketinggalan menyambutnya pada hari semalam. Sama seperti tahun-tahun lepas, majlis yang disambut secara sederhana ini sangat meriah. Tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan yang dipengerusikan oleh Pn. Roszila yang telah merancang dan melaksanakan program tahunan ini dengan begitu teliti dan cemerlang sekali. Tahun ini kami pilih tema hijau. Go green!!!
   Terima kasih diucapkan atas kehadiran AJK PIBG - Pn. Suhaila, Pn. Noraishah dan Pn. Azlin - yang sudi hadir dan menunggu sehingga habis acara pada sebelah tengah hari. Mereka juga telah dilantik sebagai hakim pertandingan yang diadakan.
   Acara dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Selepas nyanyian lagu-lagu kebangsaan, Ketua Murid Fikri memberikan ucapan diikuti oleh ucapan GB, bacaan perutusan KPPM dan Menteri Pelajaran, nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan 2 lagu medley lain, acara penyampaian hadiah hari jadi guru-guru dan staf, penyampaian hadiah Kelab Guru dan acara memotong kek Hari Guru sumbangan pelbagai pihak termasuk ADUN Sg. Pelek. 
   Seterusnya guru-guru beratur untuk melancarkan proses penyampaian hadiah murid-murid kepada guru-guru kesayangan mereka. Terima kasih anak-anak murid sekalian dan ibu bapa yang kami sayangi. Semoga penghargaan ini akan merapatkan lagi hubungan silaturrahim kita. Insya Allah. 
   Guru-guru dan kakitangan telah dibahagikan kepada 7 kumpulan yang bertanding dalam acara sukaneka boling kelapa, hiasan tisu dan persembahan. Memang jelas kreativiti guru-guru dan kakitangan sesuai dengan bakat serba boleh para guru. Di akhir majlis diadakan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya. 
   AJK telah menyediakan 3 hadiah khas pakaian paling glamor pada hari tersebut bagi kategori kakitangan, guru dan pentadbir. AJK PIBG yang telah memilih pemenang guru. Selain itu, GB juga telah menyampaikan hadiah kepada guru-guru yang mendapat undian paling banyak daripada murid-murid untuk kategori Guru Paling Tegas, Paling Penyayang, Paling Glamor, Paling Bergaya Lelaki dan Perempuan. Undian telah diadakan sejak seminggu yang lepas dengan kelolaan pengawas sekolah.  
   Tamat acara di dewan disambung pula dengan acara pertukaran hadiah sesama guru dan kakitangan di kantin sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat pengusaha kantin; En. Roslan yang telah bermurah hati menaja jamuan hari guru kami dengan masakan kampung yang sangat enak. Semoga tuan sekeluarga dimurahkan rezeki. 
   Selamat Hari Guru buat semua guru SK Kota Warisan dan di seluruh negara. "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".
Ustaz Zul membacakan doa
Aminnnn..
Ucapan Ketua Murid - Fikri Asmady
Ucapan GB
Bacaan perutusan KPPM oleh Pn. Asnah
Bacaan perutusan Menteri Pelajaran oleh Pn. Shikin
Bacaan Ikrar Guru diketuai oleh Cikgu Abu
Nyanyian lagu-lagu Kami Guru Malaysia, lagu tema Hari Guru tahun ini dan "Warisan"
Zurina menerima hadiah hari jadi dari kelab Guru
Pentadbir dan wakil PIBG; Azlin memotong kek hari guru
GB menerima sumbangan dari Pengerusi Kelab Guru
Semua guru dapat seorang satu hadiah Kelab Guru
"Main jauh-jauh..."
Sesi penyampaian hadiah murid-murid kepada guru-guru
Hadiah istimewa dari murid istimewa
Wajah ceria cikgu-cikgu SKKW
Hadiah kad special

Anak-anak murid kesayanganku
Bersama orang kanan no.1 - Pn. Shikin

Pertandingan boling kelapa
Anggun bergaya
AJK PIBG (Pn. Azlin, Pn. Noraishah dan Pn. Suhaila) macam berpakat berbaju merah

Acara menghias model dengan tisu
Model-model memperaga pakaian masing-masing
Barisan pengadil
Pentadbir ambil peluang ambil gambar
Seterusnya persembahan nyanyian dari Farizul
Pertandingan persembahan guru-guru bermula -
Azizah kena dera dengan emak dan kakak tirinya
Eh eh pari-pari lak naik kereta
Baru betul...
Putera raja dengan basikal antiknya
Sporting habis cikgu Rohaizat
Akhirnya Azizah pun berkahwinlah dengan putera raja
Sketsa senario dalam kelas dengan iringan lagu hindustani
Tarian pun ada
Haiya cik Siti perempuan banyak muda

Ana banyak susah jalan tutup mata
Lompat apek lompat - haiyaaa..
Murid-murid sangat seronok
Seterusnya persembahan kumpulan guru disiplin pula
Tarian matador Nan

Sampai tercabut kasut Abu
Zizi tunjuk bakat menari
Steadylah Rusnah
Kumpulan dikir barat dengan tukang karutnya - Salmi

Persembahan Ulik Mayang
Koboi sesat
Persembahan deklamasi sajak oleh Norina
Persembahan nyanyian para GPK
GB pun mendendangkan 2 buah lagu
Peminatku

Ketua kumpulan yang mendapat johan - Tahniah Milah!
Tempat kedua - kumpulan Zawiyah
Tempat ketiga - kumpulan Norina
Saguhati tapi hadiah sama je

Pemenang pakaian staf paling glamor hari ini - Ina
Pemenang pakaian guru paling glamor hari ini - Adibah Abdullah
Alamak saya dapat hadiah kategori pentadbir!
Guru Paling Tegas undian murid-murid - Zahrul
Guru Paling Penyayang
Zul menerima hadiah bagi pihak Amir - Guru Paling Glamor
Guru Paling Bergaya Perempuan - Rusnah
Guru Paling Bergaya Lelaki - Farizul
Acara pertukaran hadiah sesama guru dan staf di kantin
Nak tengok gambar-gambar Sambutan Hari Guru SKKW tahun lepas (2010)? Klik di sini.

Saturday, May 14, 2011

Keluar surat khabar

Saya dah agak dah ramai yang kena tipu macam saya (baca di sini). Kelmarin keluar suratkhabar The Star;

Manager loses RM4,200 with just one mouse click

KUALA LUMPUR: Accounts manager Chua Ming Choo opened a message in her e-mail informing her that there was some irregular activity occurring in her account.
The e-mail told her to click a link to her bank’s website to update her particulars for safer online banking.
Less than five minutes later, the simple mouse click cost her RM4,200.
Chua, 35, from Port Dickson, said she received the e-mail last Thursday.
Missing money: Wen Shan (left) and Chua (right) showing their police reports to MCA’s Chong (second from right) and Negri Sembilan councillor Datuk Dr King Lim yesterday.
She added that about two minutes after she clicked on the bank’s website, she received an SMS requesting a Transaction Authorisation Code (TAC) number.
Chua realised that something could have happened to her account and she called her bank to inform them about it.
“They told me they would block my account and I was told to change my e-pin number,” she told a press conference at the MCA Public Services and Comp­laints Department here yesterday.
Chua said she then went to the nearest ATM to check her account and discovered the money missing even though she did not key in her TAC number on the website.
She lodged a police report on the same day.
Another victim, Chong Wen Shan, 24, from Teluk Intan, Perak, said he received an e-mail on May 1 informing him that his online services account was about to expire due to a database update on the bank’s system.
Chong said he was asked to update his particulars and being new to e-banking, he thought it was a normal procedure and clicked on the link.
He also keyed in his TAC number when asked and discovered that RM5,000 had gone missing from his account a few hours later.
Department head Datuk Michael Chong said the two cases were the first that he had received so far this year.
He asked Bank Negara and banks to be on alert for such scams.
“I do not rule out an inside job. Otherwise, how do these criminals know our personal details?” he added.

Thursday, May 12, 2011

Alahai pra

Sejak masalah bekalan elektrik prasekolah Amanah dan Rasional dikesan pada 21 April 2011 yang lalu, murid-murid dua kelas tersebut terpaksa berkelana. Kesian mereka! Belajar di surau dan di luar kelas Pra Wibawa. Berangkut bahan belajar, makan di kelas lama, masalah tandas dan macam-macam lagi. Sungguh tak selesa.
   Surat dah dihantar ke PPD tapi tak ada respons lagi daripada mereka. Tempoh hari semasa pegawai-pegawai Pembangunan dan Prasekolah dari JPS dan PPD datang melawat tapak kelas baru prasekolah, puas kami cerita dan tunjukkan masalah elektrik dan tangki septik kami ini. Mereka ambil maklum dan macam biasa suruh buat surat. 
   Terima kasih banyak kepada pegawai JKR Elektrik Sepang yang tak jemu-jemu datang ke sekolah memeriksa kabel dan melayan keluhan kami. Hari ini, boss JKR Elektrik sendiri turun padang....
Pra Amanah
Pra Rasional
Terpaksa dibiarkan sebab tak ada karan
Murid pra Amanah belajar di luar kelas Pra Wibawa
Murid pra Rasional belajar di surau
Terima kasih hari ini Tuan Kadiran sendiri turun padang
Panjat dan periksa
En. Kalai dan En. Yusri gigih membantu
Salmi - guru merangkap jurutera sekolah
En. Kadiran menghubungi kontraktor minta datang ke sekolah esok untuk membuat kabel baru - Thank you sir!
Sahabat baik sekolah

Tuesday, May 10, 2011

Name tag

Susulan dari sistem "S-Lib" yang dilanggan oleh perpustakaan SKKW di mana murid telah dibekalkan dengan kad pinjaman yang menggunakan bar code, hari ini guru-guru dan kakitangan sokongan pula diberi name tag baru. Name tag ini juga mengandungi bar code dan tertera gambar, nama penuh dan nama ringkas guru / staf serta jawatan. Harga name tag  tersebut adalah RM10.00. Selain daripada guru dan staf yang seronok dengan name tag baru ini, murid-murid juga tidak ketinggalan teruja. "Cikgu, tengok gambar cikgu. Cantik tak?"
   Syabas kepada Guru Media - Pn. Normi Yahya yang sangat proaktif dalam program ini. Juga tahniah kepada semua guru dan kakitangan yang telah memberi kerjasama. Nampaknya masing-masing bersemangat nak pinjam buku di perpustakaan. Takut tak menang tangan pula cikgu Normi nanti. Mujur PIBG dah bekalkan Pembantu PSS - kak Mas. Dan semakin meriahlah Bulan Membaca SKKW yang telah dilancarkan semalam. 
   Terima kasih banyak diucapkan kepada para penyumbang buku PSS temasuk PIBG dan individu-individu yang sangat bermurah hati. Hanya ALLAH jua yang akan membalas budi baik kalian. 
Zanie
Odie
Mimi dan Sabar bersama anak murid kesayangan
Azmi dan Nor Mi Aw. Nik
Ini name tag  saya

Saturday, May 7, 2011

Saya kena tipu

Begitulah kisah terkini saya - Saya telah ditipu! Saya kira semua itu kesilapan saya dan saya redha. Saya telah melakukan kesilapan dan saya belajar dari kesilapan tersebut. Apa cerita ni? Cer citer.. Harap kawan-kawan dapat ambil iktibar dari peristiwa yang saya alami ini. 
   Begini : balik dari Kedah, saya telah menyemak baki akaun saya menggunakan CIMB Clicks. Terkejut saya baki saya tinggal RM59.49 padahal gaji baru masuk. Dan lebih terkejut melalui history CIMB Clicks tu, saya telah transferkan wang berjumlah RM4,100.00 ke satu akaun yang saya tak kenal. Saya pun call no. 1300-880-900. Rupa-rupanya saya telah memasukkan wang tersebut ke akaun seorang Negro. Aduhai baru saya teringat pada 1 Mei 2011 tempoh hari saya telah menerima emel seperti di bawah;

Greetings from cimbclicks! 

Please note that your cimbclicks online services account is about to expire due to new database transfiguration on our system, please use the cimbclicks website below to prevent your account from fraudulent activities.

Your interest is our concern so you will have to bear with us online for 2 minutes as the TAC sent to you will be demanded on the next page after filling in the first.

 Note: If you choose to ignore our request, you leave us no choice but to temporarily suspend your online service account.

Thank you,

Warm regards,

CIMB clicks Team.

   Memikirkan bank nak update sistem mereka dan bimbang akaun online saya disuspend, tanpa berfikir panjang, saya pun kliklah dan ikut semua arahan. Itu aje. Rupanya prosedur itu telah membolehkan penyangak tu memindahkan semua duit saya ke dalam akaunnya. Sampai bengkrap saya...
   Saya pun terus membuat laporan di bank CIMB Salak Tinggi. Menurut pegawai bank, sebelum saya sudah 6 laporan diterima mengatakan mereka juga telah menerima nasib yang sama seperti saya. Malahan ada seorang pelanggan bank berbangsa Cina mengatakan beliau kerugian RM10,000.00. Lebih mengujakan, pegawai bank yang rapat dengan saya itu telah memberikan nama warga asing Nigeria tersebut iaitu Njubaigbo Ifeanyi Lawrence pelajar Kolej Lagenda, Mantin. Bahkan pegawai bank itu masih ingat lagi akan Negro tersebut yang telah membuka akaun di CIMB Salak Tinggi. Setelah mereka semak, baki akaun Negro tu dah tinggal RM2.00.
   Seterusnya saya pun membuat laporan polis di IPD Sepang dan memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil. Menurut Inspektor tu, inilah yang dinamakan phishing - penipuan / fraudster. Apa itu phishing? Baca di sini.
   Saya juga telah menghubungi pegawai ibu pejabat CIMB yang bertanggungjawab. Di sudut hati tu berdoalah juga kot-kot boleh dapat balik duit saya tu. Harap-harap bank dapat membantu kami pelanggan mereka akibat perbuatan pelanggan mereka juga. 
   Bukan nak minta simpati, saya tau itu bukan rezeki saya. Tapi saya terfikir juga kalau saya yang boleh dikatakan berpendidikan ini boleh terpedaya, tak mustahil akan ada lagi mangsa selepas saya jika dibiarkan. Sebab hari ini peti emel saya masih lagi menerima Important Notification dari CIMB Click.....

Kolokium

Balik dari Kelantan, saya ke IAB Cawangan Utara, Jitra, Kedah menghadiri Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional. Kolokium dirasmikan oleh Dato' Misrah Timbalan KPPM mewakili YB Datuk Abdul Ghafar bin Mahmud KPPM. Sambil berkolokium, saya berkesempatan menjejaki teman-teman dan mantan pensyarah NPQH Kohort 8 IABU tahun 2004 yang lalu. Terima kasih Awie sudi menumpangkan kami berkelana ke sana ke mari. Sampai pancit-pancit tayar kereta Awie di rumah kak Normah. Alhamdulillah kak Normah kelihatan semakin sihat setelah diserang strok semasa kami bersama belajar dulu. Kolokium kali ini membanggakan kami kerana rakan kami, Chan Seow Hong GB Penang menjadi pembentang dalam slot selari. Tahniah buat Chan! 
Buku program yang cute
Bersama kak Zainab
Zul membantu menukar tayar kereta Awie yang pancit sambil diperhati oleh Ramlee dan suami kak Normah
Terima kasih kak Normah belanja kami makan
Dengan kak Nab lagi
Kak Samilah pun join kolokium kali ini
Jadi pencatat slot selari
Menikmati makan malam yang disponsor oleh Tn. Hj. Harun. Tn. Hj. Asmee (Ketua Sektor JPN Kedah) pun turut serta
Singgah minum di rumah Tn. Hj. Harun
Pertukaran hadiah Direktor sekolah Bosnia Herzegovina dengan IABU

Cuti-cuti Kelantan

Minggu lepas, saya, Wan, kak Noredzan, kak Samilah dan kak Siti Amarah telah bercuti sambil mencari batik MGB Sepang di Kota Bharu, Kelantan. Percutian yang sangat menyeronokkan - bukan saja dapat batik malah puas dapat makan angin, shopping sambil merehatkan minda sesama teman seperjuangan. Terima kasih semua atas segala perbelanjaan, pengorbanan dan kemurnian hati kalian. Meskipun penat tapi amat berbaloi. Insya Allah ada rezeki, kita plan ke destinasi lain pula.
Menjejak bumi Kelantan
Di kedai Nordin Batik
Di rumah saudara kak Samilah
Menikmati aiskerim dalam kedai emas di Rantau Panjang
Round about rumah Wan
Makan ayam percik mengadap cermin
Air kelapa penghilang dahaga
Hari terakhir di depan rumah Wan
Ini namanya nasi tumpang
Menikmati KFC di airport Kota Bharu
5 beradik menunggu flight ke K.Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...