Begitulah kisah terkini saya - Saya telah ditipu! Saya kira semua itu kesilapan saya dan saya redha. Saya telah melakukan kesilapan dan saya belajar dari kesilapan tersebut. Apa cerita ni? Cer citer.. Harap kawan-kawan dapat ambil iktibar dari peristiwa yang saya alami ini.
Begini : balik dari Kedah, saya telah menyemak baki akaun saya menggunakan CIMB Clicks. Terkejut saya baki saya tinggal RM59.49 padahal gaji baru masuk. Dan lebih terkejut melalui history CIMB Clicks tu, saya telah transferkan wang berjumlah RM4,100.00 ke satu akaun yang saya tak kenal. Saya pun call no. 1300-880-900. Rupa-rupanya saya telah memasukkan wang tersebut ke akaun seorang Negro. Aduhai baru saya teringat pada 1 Mei 2011 tempoh hari saya telah menerima emel seperti di bawah;
Greetings from cimbclicks!
Please note that your cimbclicks online services account is about to expire due to new database transfiguration on our system, please use the cimbclicks website below to prevent your account from fraudulent activities.
Please note that your cimbclicks online services account is about to expire due to new database transfiguration on our system, please use the cimbclicks website below to prevent your account from fraudulent activities.
Your interest is our concern so you will have to bear with us online for 2 minutes as the TAC sent to you will be demanded on the next page after filling in the first.
Note: If you choose to ignore our request, you leave us no choice but to temporarily suspend your online service account.
Thank you,
Warm regards,
CIMB clicks Team.
Memikirkan bank nak update sistem mereka dan bimbang akaun online saya disuspend, tanpa berfikir panjang, saya pun kliklah dan ikut semua arahan. Itu aje. Rupanya prosedur itu telah membolehkan penyangak tu memindahkan semua duit saya ke dalam akaunnya. Sampai bengkrap saya...
Saya pun terus membuat laporan di bank CIMB Salak Tinggi. Menurut pegawai bank, sebelum saya sudah 6 laporan diterima mengatakan mereka juga telah menerima nasib yang sama seperti saya. Malahan ada seorang pelanggan bank berbangsa Cina mengatakan beliau kerugian RM10,000.00. Lebih mengujakan, pegawai bank yang rapat dengan saya itu telah memberikan nama warga asing Nigeria tersebut iaitu Njubaigbo Ifeanyi Lawrence pelajar Kolej Lagenda, Mantin. Bahkan pegawai bank itu masih ingat lagi akan Negro tersebut yang telah membuka akaun di CIMB Salak Tinggi. Setelah mereka semak, baki akaun Negro tu dah tinggal RM2.00.
Seterusnya saya pun membuat laporan polis di IPD Sepang dan memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil. Menurut Inspektor tu, inilah yang dinamakan phishing - penipuan / fraudster. Apa itu phishing? Baca di sini.
Saya juga telah menghubungi pegawai ibu pejabat CIMB yang bertanggungjawab. Di sudut hati tu berdoalah juga kot-kot boleh dapat balik duit saya tu. Harap-harap bank dapat membantu kami pelanggan mereka akibat perbuatan pelanggan mereka juga.
Bukan nak minta simpati, saya tau itu bukan rezeki saya. Tapi saya terfikir juga kalau saya yang boleh dikatakan berpendidikan ini boleh terpedaya, tak mustahil akan ada lagi mangsa selepas saya jika dibiarkan. Sebab hari ini peti emel saya masih lagi menerima Important Notification dari CIMB Click.....
Salam Cikgu.
ReplyDeleteZaman la ni seribu satu macam penipuan. Kekadang tu kita tak perasan semua ini. Sabar dan yakin Allah akan menggantikan semua yang hilang itu dengan yang lebih baik dan berharga lagi. Semoga cikgu diberkati dan dirahmati Allah swt. Selamat Hari Ibu sempena Hari Ibu 2011.
BERSABAR BANYAK2 CIKGU..INSYA ALLAH PENYANGAK TU TERKANTOI AKHIRNYA DAN DUIT CIKGU DAPAT KEMBALI.
ReplyDeleteSalam Roha. Itulah yang dinamakan bukan rezeki. Selamat Hari Ibu juga buat Roha.
ReplyDeleteSalam Emi. Insya Allah semoga doa Emi dimakbulkanNYA. Aminnn....
Penipuan melalui emel memang sudah lama berlaku. Peringatan sering diberi supaya tidak memasuki sistem bank melalui hyperlink yang dihantar melalui emel.
ReplyDeleteSaya juga kerap menerima emel dari Maybank supaya bertindak di atas notis2 untuk upgrade sistem. Setiap kali itu juga saya terus delete tanpa membacanya.
Terima kasih kerana telah menyebarkan bentuk penipuan ini untuk perkongsian semua rakan2. Takziah dan biasanya bank akan menyalahkan kita kerana cuai. Tapi doa ajelah.
saya pun banyak menerima e mail seumpama ini..walaupun saya tak ada akaun CIMB bank.. dia org serkap jarang je umpama memasang lukah di alur air.. tunggu ke mangsa ... mamat negro ni memang pandai cari kesempatan..
ReplyDeleteada harapan ke dapat duit tu balik...?
Ya Allah...kejamnya penipu tu. Apa2 pun terima kasih cikgu kerana entri ini membuatkan orang lain berhati-hati...
ReplyDeleteSalam Faris. Selalunya saya delete je notis2 seumpama itu tapi entah nak jadi cerita hari tu saya terbaca dan terpedaya. Memanglah saya yang cuai tapi takkan Bank Negara tak boleh siasat dan buat sesuatu???
ReplyDeleteSalam Zino. Seronok le student Negro tu. Dahlah datang negara orang, boleh songlap duit orang kita lagi. Pasal nak dapat duit tu balik, macam tak ada harapan je huhu...
Salam ckLah. Sama-sama. Puas juga saya fikir pada mulanya nak masuk ke tidak entri tentang kejadian yang menimpa saya ni. Nanti orang kata, padan muka siapa suruh lalai. Mesti ramai yang akan lecturekan saya. Tapi tak apalah, niat saya supaya orang lain akan jadikan kes saya ini sebagai pengajaran dan lebih berhati-hati.
moga tabah menghadapi musibah ini dan mudah2an Allah SWT menggantikan dgn rezeki yg lbh baik lagi, amin!
ReplyDeleteTerima kasih cikgu Usop. Mudah-mudahan...
ReplyDeleteAla Da..tapi nak buat mcmana lagi, memang ramai yg terkena sbb address web dia buat mcm sama dgn Cimbclick..dlm beringat tu kalau nak kena, kena juga. Lepas ni sama-sama la kita beringat & berdoa semoga dijauhkan drp org2 yg penipu mcm ni.
ReplyDeleteApo nak dikato...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak Aida,
ReplyDeleteSaya amat simpati dengan akak diatas apa yang terjadi, bersabarlah itu bukan rezki akak sebaliknya itu rezki lelaki penyangak itu,
Satu hari nanti pasti Allah gantikan rezki akak berganda lagi.
Saya juga pernah kena tipu lelaki nigeria,
nasib saya tak ada duit masa tu dan anak saya nasihatkan buat lapuran Polis sebelum buat apa2 tindakan, alhamdulillah saya selamat.
Kita senasib nampaknya, Lipislady ya. Rasanya kalau secara direct, kita takkan tertipu kot. Tapi mereka ni merupai mcm2 bentuk, tu yang susah nak cakap tu. Apapun mujur kita masih bernafas. Rezeki boleh dicari....
ReplyDeleteSalam Kak...
ReplyDeleteSaya memang x pernah layan emel2 camni...
Harap2 cimb boleh pulangkan balik duit akak tu..banyak tuuuuu.....
Aduhai cik Shinju. Harapan yang sangat kabur tu...
ReplyDelete