Monday, August 23, 2010

Instrumen sekolah perkasa

Minggu lepas kami didatangi pensyarah dari IAB Genting; Pn. Norzilah binti Abdullah dalam misi memantau dan membimbing sekolah-sekolah perkasa. Selain SKKW, beliau juga telah turun ke SK Bandar Baru Salak Tinggi dan SK Taman Putra Perdana atas urusan yang sama. Beliau telah menemubal saya dengan panjang lebar serta memberi beberapa instrumen untuk dilengkapkan. Puas jugalah saya, GPK dan pasukan think tank sekolah berpulun menyiapkan tugasan yang diberi termasuk data, pencapaian sejak 2006 serta program-program melibatkan 9 skop pengurusan berdasarkan Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM).
   Hari ini selepas seminggu, sebagaimana yang dijanjikan Pn. Norzilah telah datang untuk mengambil instrumen-instrumen tersebut. Kami berbincang serba sedikit dan bergambar kenangan. Banyak input telah saya perolehi hasil saranan dan sumbangsaran dari pensyarah yang sangat mesra tersebut.
   Menurut Pn. Norzilah, sebaik keputusan UPSR diumumkan pada bulan November 2010 nanti, beliau akan datang lagi untuk mendapatkan pencapaian sebenar UPSR serta membawa beberapa instrumen lain untuk diisi. Malahan pada hujung tahun bulan Disember 2010 nanti, sekali lagi beliau akan turun ke sekolah untuk menyemak pencapaian KPI yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam instrumen yang diberi sama ada tercapai atau tidak. Aduhai, tu baru nak memperkasakan sekolah. Belum kisah nak jadi sekolah kluster / sekolah berprestasi tinggi lagi.....
   Yang pasti, tugas mencemerlangkan sekolah perlu dibudayakan walaupun tidak dipantau oleh mana-mana pihak luar. Penilaian kendiri guru-guru dalam menjalankan tugas sangat penting. Pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran cemerlang akan dapat melahirkan pencapaian terbaik dan berkualiti. Itu perlu menjadi pegangan warga sekolah ini. Apapun syabas kepada semua guru, staf, murid, PIBG serta ibu bapa SKKW yang telah membawa sekolah ke tahap ini. Teruskan perjuangan.....
Bersama Pensyarah IAB - Pn. Norzilah Abdullah
Pagi tadi murid kelas 3 Setia buat persembahan masa perhimpunan

Thursday, August 19, 2010

Seliparku putus

Sebenarnya bukanlah besar sangat peristiwa ni. Saja nak cerita, semasa saya pergi terawih kat surau tadi selepas beberapa langkah turun dari kereta, selipar saya terputus. Terseret-seretlah juga nak menyampai ke dalam surau tu. Masa solat, dok fikir juga macamana cara nak masuk ke kereta nanti. Selesai solat tup tup terpandanglah saya sebelah selipar yang tak ada 'kawan'nya di tempat wuduk - apa lagi sarung jelah. Selamat dapat melangkah dengan bergaya ke kereta tanpa perlu berlakon macho dengan selipar yang putus tu.
   Selipar tu sebenarnya lama dah saya beli - lebih 6 tahun yang lalu di Bangi. Nak kubuang, elok lagi walaupun kondisinya dah bengkok macam perahu. Selipar baru ada beli tapi tak dibuat basahan sebab selipar yang satu ni boleh pakai lagi. Dah putus ni, taklah kata sayang. Sebab bolehlah pakai selipar lain yang dah dibeli sejak sekian lama (tapi disimpan dalam stor - sesekali je dipakai). Tapi sayang juga masa nak buang selipar tu. Teramat besar jasanya kepada tuannya ini.....

Monday, August 16, 2010

Bulan Patriotik

Pagi tadi sekolah buat pelancaran Bulan Patriotik. Bulan Ogos ni kan bulan kemerdekaan. 31 Ogos 2010 nanti ada perayaan Sambutan Kemerdekaan. Oleh kerana bulan patriotik jatuh pada bulan Ramadan, so pelancaran pun buat simple je. Tapi masih tetap meriah. Tambahan bila nyanyi lagu "Tanggal 31 Ogos" Sudirman tu....
   Panitia Sivik dan Kewarganegaraan serta Panitia Kajian Tempatan telah merancang pelbagai aktiviti untuk disertai oleh murid-murid sepanjang bulan patriotik ini. Semoga ianya akan dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di kalangan anak-anak pewaris bangsa ini.
Guru bertugas - Pn. Rosmawati
Salsabiela mendeklamasi sajak
Pasukan beruniform membawa Jalur Gemilang
Menyampaikan perutusan pelancaran Bulan Patriotik kepada GB
 GB membacakan pelancaran Bulan Patriotik peringkat SKKW
Segak + berdiri tegak
Murid-murid diedarkan Jalur Gemilang
Guru-guru pun dapat
Pengawas bertugas hari ni
Murid-murid dan guru-guru sama-sama mengalunkan lagu-lagu patriotik sambil mengibar Jalur Gemilang yang kemudiannya akan digunakan untuk menghias kelas
Persembahan lagi

Semasa Rehat Tahap 1 dan 2 pada bulan puasa ni, murid-murid dikumpulkan di dewan terbuka mendengar tazkirah. Guru-guru telah dibuat jadual menyampaikan tazkirah....
Hari ni giliran Ustazah Sri Ayuna memberi tazkirah kepada murid-murid Tahap 1


"O..o..o hari ini hari jadi Acik yang ke-12. Happy Birthday to Acik. Semoga mendapat 5A dalam UPSR nanti."

Sunday, August 15, 2010

Puasa

Hari ini dah 5 hari berpuasa. Bersekolah dalam bulan puasa baru 3 hari. Perasan tak selama sebulan bulan Ramadan ni, anak-anak hanya bersekolah selama 16 hari je? Selebihnya cuti - cuti Nuzul Quran, cuti Hari Kemerdekaan, cuti hujung minggu dan cuti penggal. Selamat Berpuasa dan Selamat Belajar. Jangan ponteng sekolah tau!

Monday, August 9, 2010

Majlis Mesra Muslimat

Sempena menyambut bulan Ramadan al Mubarak ini, AJK Muslimat Surau Al-Hijrah Kota Warisan telah menganjurkan program Majlis Mesra Muslimat. Terima kasih kak Rubi kerana sudi menjemput saya walaupun saya kurang komited dalam menghadiri program-program Muslimat. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan AJK Muslimat Surau Al-Hijrah kerana berjaya mengadakan majlis ini dengan kehadiran hampir 50 orang.
   Majlis ini telah diadakan di Dewan Randau Cafe bermula jam 8.00 - 11.00 malam tadi. Program dipenuhi dengan pelbagai acara seperti ucapan pengerusi, nasyid, zikir, tazkirah serta sesi ucapan @ meluahkan perasaan, pandangan dan cadangan oleh hadirin. Semua cadangan dan pandangan akan diberi perhatian khusus; sama ada oleh pihak AJK Muslimat sendiri atau ianya akan dimajukan ke peringkat AJK Induk Surau.
   Sesungguhnya program yang murni ini telah berjaya merapatkan hubungan persahabatan dan ukhwah kasih sayang di antara kaum muslimat dan diharapkan akan berkekalan buat selama-lamanya. Adalah diharapkan pada masa depan kita dapat menarik lebih ramai muslimat di Kota Warisan ini untuk turut serta dalam program-program anjuran muslimat dan surau seperti kelas mengaji, kelas tajwid, kelas Fardu Ain, ceramah bulanan serta banyak lagi program induk surau. Insya Allah.
Baru sampai - bersalam-salaman
Pengacara majlis - kak Leha
Semua hadirin berzikir munajat
Kak Nab membacakan doa dengan syahdu sekali
Ucapan Pengerusi Muslimat - ustazah Che Norlia
Kak Nab dan kak Rubi mengetuai nasyid "Yaarhamar Rohimin"
Tazkiran yang sungguh menyentuh hati oleh kak Hadisah
Jamuan yang sungguh menyelerakan
Menikmati jamuan
Edy pun ada
Alahai manjanya
Merakam peristiwa
Sesi meluah perasaan dimulakan dengan Setiausaha Muslimat - kak Rubi
Terharu pula bila dijemput beri pandangan
Kak Zizah dengan ucapan penghargaannya
Kak Nah berkongsi pengalaman menjaga anakanda yang semakin pulih
Ucapan Faizah ringkas je
Pn. Hani yang berketrampilan
"Penghulu" Warisan Indah ditemani rakan kamceng - Hasnur
Mak Engku bersahaja
Pemandangan dari depan dewan
Dari belakang
Dewan yang gah
Atikah - tauke Randau Cafe sedang melayan anaknya
Pembantu Randau yang setia
Kak Jamaliah dengan idea-idea bernasnya
Mana muslimat Megah Villa? Tu dia!!!
Thank you Ika
Nasyid lagi - "Yatawab tu 'alaina"
Hadirin ikut bernasyid
Doa penutup oleh ustazah Norlia sebelum diakhiri dengan bersalam-salaman dan bersalawat.
Selamat Berpuasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...