Monday, August 9, 2010

Majlis Mesra Muslimat

Sempena menyambut bulan Ramadan al Mubarak ini, AJK Muslimat Surau Al-Hijrah Kota Warisan telah menganjurkan program Majlis Mesra Muslimat. Terima kasih kak Rubi kerana sudi menjemput saya walaupun saya kurang komited dalam menghadiri program-program Muslimat. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan AJK Muslimat Surau Al-Hijrah kerana berjaya mengadakan majlis ini dengan kehadiran hampir 50 orang.
   Majlis ini telah diadakan di Dewan Randau Cafe bermula jam 8.00 - 11.00 malam tadi. Program dipenuhi dengan pelbagai acara seperti ucapan pengerusi, nasyid, zikir, tazkirah serta sesi ucapan @ meluahkan perasaan, pandangan dan cadangan oleh hadirin. Semua cadangan dan pandangan akan diberi perhatian khusus; sama ada oleh pihak AJK Muslimat sendiri atau ianya akan dimajukan ke peringkat AJK Induk Surau.
   Sesungguhnya program yang murni ini telah berjaya merapatkan hubungan persahabatan dan ukhwah kasih sayang di antara kaum muslimat dan diharapkan akan berkekalan buat selama-lamanya. Adalah diharapkan pada masa depan kita dapat menarik lebih ramai muslimat di Kota Warisan ini untuk turut serta dalam program-program anjuran muslimat dan surau seperti kelas mengaji, kelas tajwid, kelas Fardu Ain, ceramah bulanan serta banyak lagi program induk surau. Insya Allah.
Baru sampai - bersalam-salaman
Pengacara majlis - kak Leha
Semua hadirin berzikir munajat
Kak Nab membacakan doa dengan syahdu sekali
Ucapan Pengerusi Muslimat - ustazah Che Norlia
Kak Nab dan kak Rubi mengetuai nasyid "Yaarhamar Rohimin"
Tazkiran yang sungguh menyentuh hati oleh kak Hadisah
Jamuan yang sungguh menyelerakan
Menikmati jamuan
Edy pun ada
Alahai manjanya
Merakam peristiwa
Sesi meluah perasaan dimulakan dengan Setiausaha Muslimat - kak Rubi
Terharu pula bila dijemput beri pandangan
Kak Zizah dengan ucapan penghargaannya
Kak Nah berkongsi pengalaman menjaga anakanda yang semakin pulih
Ucapan Faizah ringkas je
Pn. Hani yang berketrampilan
"Penghulu" Warisan Indah ditemani rakan kamceng - Hasnur
Mak Engku bersahaja
Pemandangan dari depan dewan
Dari belakang
Dewan yang gah
Atikah - tauke Randau Cafe sedang melayan anaknya
Pembantu Randau yang setia
Kak Jamaliah dengan idea-idea bernasnya
Mana muslimat Megah Villa? Tu dia!!!
Thank you Ika
Nasyid lagi - "Yatawab tu 'alaina"
Hadirin ikut bernasyid
Doa penutup oleh ustazah Norlia sebelum diakhiri dengan bersalam-salaman dan bersalawat.
Selamat Berpuasa

9 comments:

  1. Salam Aida..

    Selamat Menyambut Ramdhan Al Mubarak. Kakcik mohon maaf zahir dan batin andainya ada bahasa kakcik yang mengguris hati mahupun perasaan Aida sepanjang perkenalan kita. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat menjalani ibadah puasa 1431H Cikgu Aida.

    ReplyDelete
  3. Salam kakcik, kak Nora dan ckLah. Selamat Berpuasa juga dari saya. Semoga semua amalan kita mendapat pahala berganda

    ReplyDelete
  4. Pn Aida,
    Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita sepanjang menjalani ibadah puasa..

    ReplyDelete
  5. Selamat Berpuasa juga buat En. Mohamad

    ReplyDelete
  6. Cikgu Aida
    Seronoknya perkumpulan 'ladies only' tu. Sambil beri pandangan, tak sumbang sebuah nasyid sekali ke, Cikgu Aida? Semoga lebih banyak kebaikan akan dikecapi oleh ahli muslimah setempat hasil dari gathering itu. Pohonan maaf dan ucapan selamat menjalani ibadah puasa dari saya.

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu Temuk. Tkasih dan Salam Ramadan jua buat cikgu

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakahtul

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...