Hari ini selepas seminggu, sebagaimana yang dijanjikan Pn. Norzilah telah datang untuk mengambil instrumen-instrumen tersebut. Kami berbincang serba sedikit dan bergambar kenangan. Banyak input telah saya perolehi hasil saranan dan sumbangsaran dari pensyarah yang sangat mesra tersebut.
Menurut Pn. Norzilah, sebaik keputusan UPSR diumumkan pada bulan November 2010 nanti, beliau akan datang lagi untuk mendapatkan pencapaian sebenar UPSR serta membawa beberapa instrumen lain untuk diisi. Malahan pada hujung tahun bulan Disember 2010 nanti, sekali lagi beliau akan turun ke sekolah untuk menyemak pencapaian KPI yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam instrumen yang diberi sama ada tercapai atau tidak. Aduhai, tu baru nak memperkasakan sekolah. Belum kisah nak jadi sekolah kluster / sekolah berprestasi tinggi lagi.....
Yang pasti, tugas mencemerlangkan sekolah perlu dibudayakan walaupun tidak dipantau oleh mana-mana pihak luar. Penilaian kendiri guru-guru dalam menjalankan tugas sangat penting. Pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran cemerlang akan dapat melahirkan pencapaian terbaik dan berkualiti. Itu perlu menjadi pegangan warga sekolah ini. Apapun syabas kepada semua guru, staf, murid, PIBG serta ibu bapa SKKW yang telah membawa sekolah ke tahap ini. Teruskan perjuangan.....
Bersama Pensyarah IAB - Pn. Norzilah Abdullah
Pagi tadi murid kelas 3 Setia buat persembahan masa perhimpunan
Salam Aida..
ReplyDeletetiada kerja yang mudah, kan? Apatah lagi dalam membimbing anak-anak yang masih hijau. Semoga mereka akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat dan dijauhkan dari segala keburukan atas dunia ini.
(Sebenarnya hati sedang gundah memikirkan masalah sosial di kalangan anak-anak yang masih di bawah umur)...
Salam kakciks. Semoga semua pengurus dan guru mengambil serius kerja yang nampak mudah ini kerana ia melibatkan masa depan bakal pewaris masa depan.
ReplyDeleteSemoga semua pendidik akan sentiasa perkasa...untuk memperkasakan anak bangsa....
ReplyDeleteSalam ckLah. Pendidik perlukan semangat untuk jadi perkasa. Kerap jug semangat itu tercabar oleh karenah pihak yang tak memahami :(
ReplyDeleteSalam Kak..
ReplyDeleteRealitinya tidak mudah mendidik
anak2 orang ni,tapi ramai parents
yang masih selalu menyalahkan para
guru-guru..
Salam Zul. Segeiintir je ibu bapa yang suka menyalahkan guru-guru. Kebanyakannya sangat menghormati guru. Guru-guru pun kenalah buktikan yang mereka efisien.
ReplyDelete