Saturday, May 28, 2011

Bengkel UPSR Matematik

Hari ini bermulalah Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun. Namun murid-murid Tahun 6 tetap bersemangat hadir ke sekolah mengikuti Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Matematik. Bengkel yang diadakan di Makmal Sains ini telah menampilkan penceramah jemputan yang sangat berpengalaman iaitu En. Shamsuddin bin Shahadan dari Sekinchan. 
   Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tuan penceramah. Tahniah kepada calon-calon UPSR SKKW 2011 atas kehadiran hari ini yang memberangsangkan. Minggu depan kelas tambahan seminggu, diharap jangan ada yang tak hadir tanpa sebab. Semoga ibu bapa dapat memastikan anak-anak tidak ponteng kelas tambahan tersebut. Usaha tangga kejayaan!
Murid-murid memberi perhatian
Banyak teknik menjawab Matematik disampaikan oleh penceramah
Terima kasih Tuan Shamsuddin
Menikmati jamuan ringan
Berkongsi pengalaman dan tips Matematik
Terima kasih cikgu Rohaizat, Normi, Zana dan Emi.

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum CIKGU AIDA
    Syukur sekolah dapat menjalankan aktiviti yg amat bermanfaat itu. Tahniah, Cikgu! Semoga segala usaha diberkati Allah. Bila Cikgu sebut tentang Sekinchan, teringat saya jagung dan mempelam cantik-cantik yang dijual di sana.... Selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu Temuk. Lama kita tak bersiaran. Hairan makin hari makin sibuk. Sampai tak sempat nak jenguk kawan-kawan. Saya tak berapa familiar dengan Sekinchan. Tapi jagung dan mempelamnya memang tersohor... Semoga cikgu sihat.

    ReplyDelete
  3. Cikgu minta nombor contek penceramhah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...