Sunday, August 7, 2011

Jumpa Wan Azimah

Tanpa dirancang, hari ini saya telah dipertemukan dengan teman lama saya semasa sama-sama belajar di Maktab Perguruan Kuantan 1982 - 1984 dulu. Lama betul tak jumpa, gembiranya rasa. 
   Pertemuan bermula apabila jiran sebelah rumah saya; Hj. Wan Ishak menelefon saya minta saya datang ke rumahnya dengan segera. Hairan juga saya, apa yang nak ditunjuk / diberi dek Hj. Wan ni? Rupa-rupanya menunggu saya di dalam rumah Hj. Wan dan Kak Faridah itu adalah sahabat facebook yang juga merupakan sahabat lama saya yang tak berubah wajah dan senyumannya - Wan Azimah serta suaminya.
   Aduhai... seronok tak terkata. Macam biasa : berbagai-bagai persoalan saya tanyakan pada kedua-dua mereka termasuklah apa perhubungan kedua keluarga ni. Rupanya Wan ada hubungan keluarga dengan Hj. Wan melalui perkahwinan anak Wan (berapa banyak Wan daa...) Wan juga mempunyai sebuah apartment di Kota Warisan ni yang dijadikan sebagai persinggahan bilamana beliau dan keluarga turun ke KL menziarahi anak-anaknya yang menuntut di KL. 
   Maaflah Wan tak dapat layan sangat tadi. Masa sangat mencemburui. Apapun semoga kita akan berjumpa lagi di Hari Raya nanti dan bila-bila Wan datang Kota Warisan, jemputlah datang ke rumah saya lagi ya. 
Pertemuan semula 2 sahabat selepas 27 tahun berpisah
Wan Azimah bersama anak sulungnya yang belajar di IMU

6 comments:

  1. salam...rtahniah !sangat seronok dapat bertemu kembali - tentunya semua cite2 lama keluar la untuk dingati semula ! macam baru sj berpisah...tp sudah lama - bila ingat2kan kecik dunia ni...

    ReplyDelete
  2. Salam sonata : Tak dan nak flash back citer lama sebab kesuntukan masa. Tapi momen2 itu sangat manis untuk dikenang kembali. Sekejap je masa berlalu...

    ReplyDelete
  3. Dapat kakak bayangkan betapa hati gembira bertemu teman yg dulunya sesama remaja, jumpa lagi masing-masing dah punya karier. Mesti Hari Raya ini akan ternanti-nanti kunjungannya lagi...:)

    ReplyDelete
  4. Yalah kakzakie. Jumpa teman lama, hati rasa mudalah pulak padahal.... hehe

    ReplyDelete
  5. salam..
    mesti banyak kisah
    lama mengusik jiwa
    yang keluar kan..?
    ermm..seronoknya kalau
    begitu..
    :)

    ReplyDelete
  6. banyak sejarah silam di ungkai bersama heheselamat berpuasa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...