Wednesday, August 10, 2011

Pementoran Siri 3

Isnin lepas (8.8.2011), sekali lagi saya dipanggil untuk menghadiri Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam KPM Teras III selama 3 hari sehingga hari ini. Program kali ini tak jauh; di Empress Hotel, Sepang je. Seramai lebih 400 orang mentor seluruh negara terlibat dalam program ini. Oleh kerana program kali ini diadakan dalam puasa, maka agenda termasuk berbuka puasa, qiamulail, bersahur, solat subuh, maghrib, isyak dan terawih secara berjemaah.
   Pada hari ke-2, para peserta bertolak dengan 7 buah bas ke PICC untuk mendengar ucapan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri; Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Yassin. Selepas itu, kami pergi ke kediaman TPM - Sri Satria di Putrajaya. Di sana kami bersama para jemputan lain diaraikan dalam Majlis Berbuka Puasa KPM. Ramailah VVIP KPM telah turut hadir termasuk Pengarah-Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri seluruh negara. Merasalah kami bertarawih di surau kediaman TPM yang indah itu. 
   Pada hari ke-3, YB Timbalan Menteri Pelajaran; Dr. Puad Zarkashi telah menyampaikan amanat tentang tugas para mentor ini. Setiap wakil negeri memberikan laporan masing-masing. Buat rakan-rakan jurulatih teras sekalian (nama yang diberikan sebagaimana dalam watikah pelantikan yang diterima), selamat bertugas dan jumpa lagi dalam siri-siri yang akan datang....
Sesi ta'alim bersama YBhg. Prof. Dato' Dr. Sidek Baba 
Antara peserta
Bersemangat cikgu ni melontarkan persoalan
Di PICC
Dengan Simah dan Pah
Simah, Akmal, Pah
Para teraju
YAB TPM memberi ucapan
TPM meninggalkan majlis
Menunggu bas untuk ke kediaman TPM
Menanti waktu berbuka puasa
Perkarangan kediaman TPM - Sri Satria
Suhaimi pun ada
Para jemputan Majlis Berbuka Puasa KPM
Hari ke-3 : Bersama Timbalan Menteri Pelajaran YB Dr. Puad Zarkashi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...