Wednesday, August 3, 2011

Van Jenazah @ SKKW

Minggu ini tempat letak kereta SKKW menerima tetamu khas yang 'menumpang teduh' di sekolah kami. Tetamu yang dimaksudkan tersebut ialah sebuah van jenazah kepunyaan Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Surau tersebut terletak betul-betul bersebelahan dengan pagar sekolah. Sebagai tanda keprihatinan, pihak sekolah tiada halangan membenarkan van tersebut dipark di situ. Namun sebagaimana yang dituliskan di dalam surat jawapan kepada permohonan pihak surau, kebenaran sementara ini tertakluk kepada beberapa syarat, antaranya;
1)  Tempoh kebenaran adalah sehingga pihak surau mempunyai tempat parking sendiri yang sesuai dan selamat
2)  Sebarang kerosakan atau kehilangan yang melibatkan van tersebut bukan di bawah tanggung jawab sekolah
3)  Keluar-masuk sekolah perlu melalui Pengawal Keselamatan Sekolah
   Sesungguhnya pihak sekolah amat berbesar hati dapat memberi sedikit bantuan kecil kepada pihak surau dan umat Islam di Kota Warisan. Kepada anak-anak murid khususnya, marilah kita sama-sama menjaga harta awam tersebut dengan sebaik-baiknya. Jangan sampai ada perbuatan vandalisme atau tingkah laku yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap van tersebut. 
Malam semalam selepas terawih, van ini telah dirasmikan apabila ada kematian di Warisan Setia - Al-Fatihah

2 comments:

  1. Kat mana la nak dibina tempat parking surau KW tu kan...penuh... terawikh tahun ni luarbiasa gak ramainya..wlupun dh dibesarkan surau,jemaah lelaki smpai 'melimpah' ke luar..Tp rasa2nya pertengahan ramadhan nt ruang tgh tu lengang kot..boleh la jemaah ppuan solat kat situ...

    ReplyDelete
  2. Selagi tak ada tempat parking yang selamat, biarlah duduk kat sekolah tu je...
    Memang ramai orang solat terawih awal-awal ni. Lagi seronok solat kat belakang. Kat ruang tengah tu panas rasanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...