Monday, April 9, 2012

Orang Siam datang lagi

Minat betul orang Siam ni datang ke SKKW (lawatan yang lalu klik di sini). Kali ini dari Universiti Mahachulalongkorn Rajavidyalaya, Kampus Nakhon Sawn, Thailand. Seramai 78 orang mahasiswa sarjana perguruan termasuk 20 orang dari Buddhist College universiti berkenaan hadir membuat lawatan penandaarasan. Mereka tiba pada pukul 10.30 pagi dan berada di sekolah hampir 2 jam.
   Oleh kerana saya bersama semua Pengetua, GB dan GPK seluruh Selangor, Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya berada di UKM menghadiri Program Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan, maka GPK Pn. Asnah, Mimi dan Nor Mi mengetuai tuan rumah menyambut tetamu istimewa. 
   Tahniah buat warga SKKW atas pemilihan sebagai sekolah benchmarking para pelawat dari Thailand. Layanan kepada para peserta lawatan bertambah bermakna dengan bantuan translator ustaz Riduan bin Ali; suami Ustazah Nurul yang pandai berbahasa Siam. Terima kasih daun keladi buat ustaz Riduan. Banyak soalan telah diajukan oleh mahasiswa perguruan dan pensyarah telah dijawab dengan baik oleh para GPK serta diterjemahkan dengan berkesan oleh ustaz. Swadikapp....
 Backdrop menyambut tetamu istimewa
 Rombongan datang dengan 2 buah bas
 
Murid-murid menyambut di pintu pagar sekolah
 Bergambar kenangan
 
 Pasukan choral speaking membuat persembahan
 Ucapan GPK HEM - Pn. Asnah
 Ustaz Riduan selaku pengacara dan penterjemah
 Ustaz meneruskan dengan persembahan multimedia
 Ucapan balas ketua rombongan
Peserta menunjukkan minat dengan mengajukan lebih 30 soalan
 Mujur ada penterjemah import
 Penyampaian cenderahati oleh pelawat kepada sekolah
 Ole-ole dari PPD Sepang dan sekolah
 Sijil untuk semua peserta
 Para pelajar jurusan agama Buddha ni turun makan dulu sebab kena puasa mulai pukul 12.00 tengah hari
 Yang lain jamuan di bilik KH
 Nurul dan Rosma bersama salah seorang tetamu
 Nurul dan suaminya - ustaz Riduan
 Salmi menerangkan tentang kelas Pendidikan Khas
 
Menandatangani buku pelawat kelas P.Khas
 Bergambar lagi
Berita ala-ala serupa dalam blog SKKW di sini.

2 comments:

  1. Replies
    1. Salam kakcik : Jangan kata bahasa Melayu, bahasa Inggeris pun tak fasih. Tapi kali ini pensyarah ketua rombongan boleh juga berbahasa Inggeris tapi tak berapa faham.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...