Sunday, September 30, 2012
Kenduri kahwin anak Rahimi
Semalam berkelapangan menghadiri anak teman belajar semasa kat UPSI - Rahimi Ibrahim, di Taman Kuala Krau, Temerloh, Pahang. Punyalah ramai tetamu, macam satu K.Krau datang. Meriahlah sangat. Petang masa lalu semula di hadapan rumahnya, teragak nak ambil gambar kat banner pengantin sebagai tanda kenang-kenangan. Selamat Menerima Menantu buat Rahimi serta isteri dan Selamat Pengantin Baru buat Shaiful dan Syawani..
Wednesday, September 26, 2012
Bidasari Warisan & wau @ Seri Selangor
Tengah hari tadi saya dan beebrapa orang guru membawa penari-penari Bidasari Warisan ke SK Seri Selangor, USJ untuk bertanding dalam Pesta Wau, Layang-Layang dan Kebudayaan anjuran sekolah tersebut. Anak-anak SKKW bertemu 4 buah sekolah lain yang hebat-hebat belaka iaitu;
1. SK Sri KL (sekolah antarabangsa)
2. SK Taman Megah
3. SK Taman Bukit Subang
4. SK Seri Selangor (sekolah tuan rumah)
Sebelum bertolak ke USJ
Makan tengah haribersama GB SKSS - En. Lim dan GB SK Taman Megah - Pn. Khoo
Diarak masuk
Persembahan SK Sri KL sangat meriah
Bidasari Warisan SKKW juga tak kurang menarik
Dijemput ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Tahniah SKKW atas kejayaan "Pakaian Tercantik"
Good job!
Ke padang main wau pula
Dapat hadiah juga
Terima kasih SKSS
GB dan GPK Koku yang sibuk minggu ini
Selamat menjamu selera
Tuesday, September 25, 2012
AJK Makan-Minum
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Makan-Minum Peserta program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat daerah Sepang yang bermula hari ini hingga Khamis depan, saya hadir bersama guru-guru yang terlibat. Jauh juga jarak Pusat Kokurikulum, Bagan Lalang dengan SKKW. Kami turut membawa 4 orang murid sebagai peserta perkhemahan.
Sambil bertugas, kami sempat menjamu selera di tepi pantai Bagan Lalang yang indah lagi permai. Angin bertiup lembut sangat mengasyikkan meskipun cuaca agak panas.
Sambil bertugas, kami sempat menjamu selera di tepi pantai Bagan Lalang yang indah lagi permai. Angin bertiup lembut sangat mengasyikkan meskipun cuaca agak panas.
Bersama peserta dan AJK
Petugas makan tengah hari
Jemput minum
Di tepi laut
Belanja makan
Sambil bermain buaian
Monday, September 24, 2012
Apa kes?
Tengoklah rambut murid Tahun 1 ni. Gara-gara dipotong oleh ibunya malam tadi, berlekak-lekuk rupanya. Dek kesian melihatkan keadaan rambut anak ini, guru-guru pun membawanya ke kedai gunting rambut. Barulah hensem...
Sunday, September 23, 2012
Ops cabut selumbar
Kesian yang amat sangat semasa membantu cikgu Roszila dan Pn. Asnah mengeluarkan selumbar dalam kuku seorang murid; Mohd Khalif (5 Intelek) Khamis lepas. Meski menahan kesakitan sehingga menitiskan airmata, Khalif sangat cekal semasa Pn. Roszila dengan berhati-hati dan penuh sabar mengorek sembilu yang masuk di celah kuku jari hantunya dengan pin. Hampir putus asa saya bila tak sampai hati melihat keadaan yang menyayat itu, saya mencadangkan anak itu dihantar ke klinik sahaja. Namun berkat pengalaman dan rasa keibuan yang amat mendalam, Pn. Roszila meyakinkan kami bahawa selumbar itu dapat dikeluarkan...
Khalif menahan kesakitan
Syukur..
Thursday, September 20, 2012
SKKW Johan Ragbi
Sekali lagi tak sia-sia saya hadir melihat anak-anak SKKW bermain dalam Kejohanan Tunas Mini Olimpik (KATMO) peringkat daerah Sepang bagi acara ragbi rimau tadi. Pertandingan diadakan di SM Teknik Sepang. Tahniah buat semua pemain dan jurulatih yang telah bersusah payah berlatih selama ini sehingga kita menjadi Juara.
Dan buat kali ke-2 dalam masa 2 hari, saya menemani mereka makan KFC. Tapi kali ini tak cukup seketul. Terima kasih buat coach hebat; En. Rizal yang turut membelanja anak-anak murid tadi.
Dan buat kali ke-2 dalam masa 2 hari, saya menemani mereka makan KFC. Tapi kali ini tak cukup seketul. Terima kasih buat coach hebat; En. Rizal yang turut membelanja anak-anak murid tadi.
Sebelum pertandingan akhir
Tu diaa...
KFC juga pilihan hati
Wednesday, September 19, 2012
Tahniah Kalam Jamaie SKKW!
Tak sia-sia saya hadir dalam Majlis Mahrajan j-QAF Kalam Jamaie peringkat daerah Sepang 2012 di SJK(C) Dengkil pagi tadi. Gembiranya hati kerana saya dapat menyaksikan pasukan Kalam Jamaie SKKW berjaya menjadi Johan dalam pertandingan tersebut. Syukur atas kurniaan Allah yang amat bemakna ini. Rezeki yang tidak terduga ini kami terima dengan rasa rendah diri dan penuh hikmah.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kesemua murid yang telah membuat persembahan mantap sehingga berjaya menambat hati para hakim. Tak lupa tahniah juga buat ustazah Siti Fairuza, ustazah Siti Huriah dan semua guru Pendidikan Islam yang telah melatih dan membimbing tanpa mengenal jemu. Semoga kejayaan yang lebih manis akan kita perolehi dalam pertandingan peringkat negeri di Klang pada awal Oktober nanti.

Sebelum pengumuman
Semasa pengumuman
Selepas pengumuman
Tahniah semua!
Tuesday, September 18, 2012
Mesyuarat rintis penggabungan JK
Sebagai sekolah rintis Program Simulasi Penggabungan Jawatankuasa di Sekolah, pagi ini sekali lagi saya dan kak Noredzan; GB SK Taman Seroja menghadiri mesyuarat pelanjutan program tersebut di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) KPM, Putrajaya. Kalau dulu, kami terlibat dengan simulasi 2 bulan, kali ini kami akan menjalankan program yang sama selama sebulan lagi bermula 24 September hingga 24 Oktober 2012. Dan kalau pada peringkat awal,
hanya 40 buah sekolah sahaja yang terlibat, untuk program rintis kali
ini telah bertambah menjadi 62 buah sekolah dari 4 buah negeri iaitu
Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan KPPM; YBhg. Dr. Khair.
Kami akan menggabungkan kesemua jawatankuasa yang ada di sekolah menjadi hanya 5 jawatankuasa induk sahaja. Ini selaras dengan perakuan Jawatankuasa Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) 2010 dulu. Hasil perbincangan, jawatankuasa-jawatankuasa yang lain akan dijumudkan dan diubahsuai sebagai bidang tugas di bawah 5 jawatankuasa induk tersebut.
Di celah-celah perbincangan dan sumbangsaran ahli mesyuarat, kami berpendapat jawatankuasa yang ada sekarang ini telah disusun dengan begitu telus dan adil bagi meringankan beban guru. Bahkan ianya sangat membantu melicinkan pengurusan sekolah. Namun perintah perlu diakur. Kami beberapa orang pentadbir akan berbincang sesama sendiri bagaimana cara dan langkah yang terbaik bagi melaksanakan simulasi ini. Masa berlalu pantas.....

Subscribe to:
Posts (Atom)