Saturday, September 8, 2012

Jamuan Hari Raya SKKW

Tengah hari tadi Kelab Guru dan Kakitangan SKKW telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di kantin sekolah. Terima kasih buat Pn. Siti Aishah; pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Sepang serta Pn. Packiavathy; GB SJK (T) Ladang Bute yang turut hadir. 
   Majlis juga telah meraikan Pn. Hafidah Abd Hamid; Guru B.Inggeris yang masih bercuti bersalin yang akan bercuti tanpa gaji selama 3 tahun mulai 23.9.2012 ini kerana mengikut suami yang akan bertugas di London. Semoga berbahagia di rantau orang dan jangan lupakan kami di sini.
   Selamat Hari Lahir jua buat guru-guru dan kakitangan yang menyambut hari jadi pada bulan Julai - September, semoga panjang umur murah rezeki sihat selalu...
Ucapan Pengerusi Kelab Guru - Pn. Roszila
 Ucapan Teacher Hafidah
Bersama Pn. Noraishah AJK PIBG dan anaknya; Malisha Nurkamalia
Cenderahati KGK buat Fida
Cenderamata dari Panitia BI
Ole-ole dari tahun 6
Hadiah hari lahir
Terima kasih sudi hadir memeriahkan majlis
"Selamat Hari Lahir..."
Jemput makan puan
Selamat menjamu selera

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...