Sunday, September 23, 2012

Ops cabut selumbar

Kesian yang amat sangat semasa membantu cikgu Roszila dan Pn. Asnah mengeluarkan selumbar dalam kuku seorang murid; Mohd Khalif (5 Intelek) Khamis lepas. Meski menahan kesakitan sehingga menitiskan airmata, Khalif sangat cekal semasa Pn. Roszila dengan berhati-hati dan penuh sabar mengorek sembilu yang masuk di celah kuku jari hantunya dengan pin. Hampir putus asa saya bila tak sampai hati melihat keadaan yang menyayat itu, saya mencadangkan anak itu dihantar ke klinik sahaja. Namun berkat pengalaman dan rasa keibuan yang amat mendalam, Pn. Roszila meyakinkan kami bahawa selumbar itu dapat dikeluarkan...
Khalif menahan kesakitan
 Akhirnya selumbar itu dapat dikeluarkan
Syukur..

6 comments:

  1. As-salam Cikgu Aida
    Semoga kuku Khalif telah baik. Takut juga, sebab ada kalanya bahagian yang kena selumbar boleh bernanah dan menjadi sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam cikgu Temuk. Saya pun harap begitu. Tak sempat nak tanya khabar lagi kat murid tu

      Delete
  2. Replies
    1. Teramat kesian sampai kitorang terasa sakait dan ngilunya

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...