Hari ni hari Ahad. Panggil En. Zamri untuk membaiki kerosakan-kerosakan di sekolah.
Van En. Zamri
Mula-mula minta dia ganti kipas di kelas 2 Setia dan 4 Ikhlas yang sejak awal tahun tak berfungsi. Masa dia check dulu, dia tak dapat ganti lagi kipas tu sebab bumbung kelas 4 Ikhlas tu bocor. Air turun ikut kipas tu sebab tulah dia rosak. Padahal kipas tu baru lagi diganti tak sampai setahun pun. Jadi selepas bumbung kelas itu dibaiki oleh Wak Indon minggu lepas, barulah boleh ditukar kipas tersebut.
Kerja-kerja mengganti kipas yang rosak di kelas 4 Ikhlas
Puas juga nak buat appointment dengan Mat Indon baiki bumbung ni. Panjang kesan simen yang dibuatnya
Kerja yang kedua ialah nak minta dia servis acond bilik mesyuarat. Pada hari Jumaat lepas dah mula meleleh air pada acond tersebut. Awal buka sekolah dulu kami dah panggil En. Zamri servis acond pejabat. Masa tu acond bilik mesyuarat okay lagi. Apa nak kata!
Aircond bilik mesyuarat yang bocor
Kerja yang ketiga ialah nak minta En. Zamri baiki label nama sekolah di tingkat 3 blok B yang dah tersenget. Saya perasan keadaan ni sejak 2, 3 hari kebelakangan ni. Nasib baik En. Zamri datang, boleh jugak minta tolong. Kalau tak, tak taulah cikgu-cikgu lelaki saya nak ke tidak membetulkannya.
Perasan tak label poskod sekolah no. 0 tu senget?
Gambar ini diambil dari tingkap kelas 6 Rasional
Banyak lagi label angka dan huruf tu yang dah mula nak tercabut. Dah lamalah, katakan. Kata En. Zamri, label ini kena digamkan dengan gam silikon pada paku dan bahagian atasnya. Apa-apalah En. Zamri! Kemudian baru saya perasan kelas 6 R ni memang cantik. Pada hal bilik darjahnya baru digunakan tahun ini. Memang kreatif guru dan murid-muridnya. Kelas lain kenalah juga ambil inisiatif yang sama untuk menceriakan kelas masing-masing.
Kelas 6 Rasional yang ceria
Semasa saya hendak balik meninggalkan sekolah, tiba-tiba jaga mengadu lampu koridor hidup siang malam. Timer dah rosak. O..o.. ada-ada aje. Terpaksalah minta tolong En. Zamri tengok-tengokkan timer tu. Entah kat mana duduknya saya pun tak tau.
Aduhai berapa banyaklah bil yang perlu dibayar untuk kos maintenance ni? Baiki kena baiki, untuk keselesaan dan keselamatan. Tapi peruntukannya terpaksa dikongsi dengan bil elektrik yang terpaksa ditanggung sendiri oleh sekolah mulai tahun ni. Tinggal berapa je nanti sebab bil elektrik sekolah ni dekat RM4 ribu sebulan. Harap cikgu-cikgu dan murid-murid akan mengamalkan budaya penjimatan dalam era fizikal sekolah yang semakin tenat ini.