Friday, April 25, 2025

Anugerah Tokoh Guru Daerah Sepang 2024

  Tiada kata yang dapat digambarkan bagi melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT atas anugerah yang saya terima hari ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak PPD Sepang kerana telah memilih saya selaku Tokoh Guru Daerah Sepang Tahun 2024. Sesungguhnya anugerah ini teramat berharga dan bernilai buat insan kerdil ini. Siapalah saya jika tiada sokongan semua pihak sepanjang saya berkhidmat sebagai guru dan pentadbir.

   Saya ingin dedikasikan anugerah yang indah ini buat semua anak buah saya khususnya di SK Taman Putra Perdana dan juga di SK Kota Warisan. Segala pencapaian yang saya perolehi itu adalah berkat kerjasama, jasa dan pengorbanan serta sokongan kalian. Tidak lupa juga ibu bapa, PIBG serta komuniti sekolah yang selama ini sangat mendokong usaha sekolah. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya

   Tahniah buat PPD Sepang yang telah menganjurkan majlis yang gilang gemilang ini di tempat yang sangat eksklusif iaitu di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang. Tahniah kepada para penerima anugerah. Semoga terus cemerlang pada masa depan. Tidak lupa tahniah buat penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Daerah Sepang; Tn. Hj. Arbain bin Pinni yang juga merupakan mantan boss saya (KPPD Sepang)..
























   Semoga anugerah yang saya terima ini akan menjadi motivasi dan inspirasi buat guru-guru muda terutama anak-anak buah saya. Kerja yang biasa-biasa boleh saja menjadi luar biasa jika diiringi dengan minat, semangat dan sokongan dari team kita. Kejayaan yang sedikit akan menjadi pemangkin kepada bidang-bidang lain dan bakal melonjakkan upaya kita serta organisasi. Justeru berilah yang terbaik, pasti hasil yang terbaik jua yang akan kita tuai suatu hari nanti; samada secara langsung maupun tidak langsung... 

   Syukur dan terima kasih ya Allah atas kurniaanMu ini.

Tuesday, May 21, 2024

Trip ke Da Nang, Vietnam

Pada 17 - 20 Mei 2024, saya, suami, Along Ana & Makndak Rohani telah menyertai lawatan ke Da Nang, Vietnam. Rombongan kami terdiri daripada seramai 16 orang dari seluruh negara yang diiringi oleh pemandu pelancong dari Zuhal Travel; Don Aiman dan pemandu pelancong local; Mawi.

Hari Pertama (17 Mei 2024)

KLIA1 - Da Nang :

● Bien Dong Park

● Love Lock Bridge

● My Khe Beach

● Night Market

● Fire show @ Dragon Bridge











Hari Kedua (18 Mei 2024)

Da Nang - Bana Hill :

● Cable car ride to Bana Hill

● French Village

● 9 Flowers Garden

● Le Jardin D'amour Flower Garden

● Golden Bridge

● Fantasy Park








Hari Ketiga (19 Mei 2024)

Da Nang - Son Tra - Coconut Beach - Hoi An :

● Son Tra Mountain

● Fishing Village

● Bay Mau Coconut Forest

● Hoi An Ancient Town

● Japanese Covered Bridge

● Ancient Embassy

● Night Market

















Hari Keempat (20 Mei 2024)

Alhamdulillah selesai sudah trip kami. Nak balik dah..



Terima kasih buat rakan-rakan yang telah menceriakan eksplorasi yang sangat menyeronokkan lagi bermakna ini. Terima kasih juga buat adik Aiman yang sangat mesra & baik hati. Sampai jumpa lagi di percutian ke destinasi lain.. Bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...