Saturday, February 28, 2015

Tahniah SKKW Johan PPDa Kebangsaan

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga SK Kota Warisan atas pencapaian gemilang dinobatkn sebagai Johan dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa kebangsaan tahun 2014. Majlis telah diadakan di Stadium Paroi, Negeri Sembilan. Meskipun tidak diundang sama, saya tetap merasakan kejelekitan yang mendalam dengan kejayaan tersebut. Selaku mantan GB, saya tumpang gembira. Kalian memang terbaik dan layak untuk mengunggulinya.
SKKW & SKTPP Benci Dadah!!!



Syabas SKKW!

Thursday, February 12, 2015

Anugerah VLE Frog

Terharu dengan pencapaian SKTPP dalam penggunaan VLE Frog tahun lepas. SKTPP telah meraih Tempat Ke-3 dalam Penggunaan VLE Frog Terbaik peringkat Negeri Selangor. Tahniah buat semua murid, guru dan ibu bapa!! Semoga anugerah ini akan memangkin lebih banyak penggunaan VLE Frog pada masa depan agar ia dapat memberi kesan yang maksimum terhadap pembelajaran dan pengajaran anak-anak murid.
   Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknopen yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Selangor - Tn. Zainuren bin Hj. Mohd. Nor.
(Lagi laporan yang sama dalam blog SKTPP di sini)


Congratz SKTPP!
Bersama Khasanah - GB SK Taman Seri Gombak

Wednesday, February 11, 2015

Mesyuarat PPDa Daerah Sepang

SKTPP telah dipilih sebagai tempat Taklimat Penyelarasan PPDa Daerah Sepang. Saya selaku Guru Besar telah diminta menyampaikan ucapan aluan di samping berkongsi pengalaman melaksanakan program PPDa. Terima kasih PPD Sepang atas kepercayaan yang diberi. Semoga para peserta yang terdiri daripada guru-guru PPDa sekolah-sekolah rendah dan menengah daerah Sepang ini mendapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan berkaitan PPDa dan dapat melaksanakan program PPDa di peringkat sekolah masing-masing sebagaimana yang diarahkan oleh KPM.
Laporan lanjut taklimat penyelarasan tersebut dalam blog PPDa SKTPP di sini.


Minum bersama pegawai PPDa JPS dan PPD
 Sarapan di PSS
Taklimat di Bilik Mesyuarat
Ucapan aluan En. Zulfikri - Pegawai Khas Dadah (PKD) PPD Sepang
Perkongsian pengalaman dengan para peserta
Peserta melihat persembahan multimedia PPDa SKTPP tahun lepas
Taklimat disampaikan oleh pegawai PPDa JPS - Tn. Hj. Ghazali
Antara perkara penting berkaitan pengurusan PPDa
Bersama Che Ruzana Guru PPDa SK Kota Warisan yang sama-sama membina PPDa SKKW
Bekas PK Koku SKKW - Mimi hadir bersama Guru PPDa sekolah baharunya; SK Bukit Changgang
Jamuan ringan

Selesai taklimat, pegawai-pegawai PPDa tersebut telah dibawa melawat ke lokasi baharu Bilik Sumber PPDa SKTPP. Banyak idea dan nasihat telah diberi bagi memantapkan lagi pengurusan bilik tersebut. Terima kasih banyak tuan-tuan..

Terima kasih daun keladi
Lain kali jemput datang lagi

Tuesday, February 10, 2015

Bubar sudah AJK KKGK

Bak kata Ustazah Norziani - Good bye AJK Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SKTPP 2014..... teamwork dan silaturrahim yang hebat (berita lanjut sila klik di sini)

 Terima kasih semua AJK - korang memang terbaik!

Saturday, February 7, 2015

Program Kepimpinan Pengawas

Pada hari yang sama program Jalinan Kasih berlangsung, turut diadakan program Kepimpinan Pengawas bagi pengawas-pengawas sesi pagi dan petang. Program yang dijalankan dari pagi hingga petang itu telah dibimbing oleh fasilitator-fasilitator dari Syarikat IMPAC. Terima kasih buat En. Isma dan rakan-rakan. Semoga para pengawas yang merupakan bakal pemimpin masa depan ini mendapat banyak manfaat dari slot-slot ceramah dan latihan dalam kumpulan yang dilaksanakan. Lagi laporan kursus tersebut dalam blog SKTPP di sini.

AJK Pendaftaran
En. Isma tenyata berjaya membangkitkan semangat peserta

Majlis Jalinan Kasih Tahun 6

Majlis Jalinan Kasih ini adalah nama bagi program Pemuafakatan Ibu bapa murid Tahun 6 dan penetapan target UPSR 2015. Terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir. Semoga program ini akan merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru-guru Tahun 6, pihak pentadbiran sekolah serta PIBG. Laporan lanjut Majlis Jalinan Kasih boleh diikuti di blog SKTPP di sini dan di sini.

Bersama Cikgu Suhaizan dan suaminya - bekas anak murid saya Tahun 6 1986 di SK Jengka 23
Pendaftaran
Bersama YDP PIBG - Tn. Hj. Khairul Azhar dan PK1 - Cikgu Fuadi
Antara ibu bapa yang hadir awal
Tengok persembahan multimedia dulu
Ucapan YDP
Ucapan GB
Ucapan Penyelaras Tahun 6 - Pn. Zailezah
Ibu bapa memberi tumpuan
Taklimat BM oleh Cikgu Tarmiji
 BI - Teacher Noriza
Pendidikan Islam dan PAFA - Ustazah Nurzainon
Zoom A - Cikgu Norinna
Soaljawab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...