Thursday, October 30, 2014

Arca PPDa




Semoga arca ini mengingatkan kita bahawa dadah itu berbahaya

Tuesday, October 14, 2014

Monday, October 13, 2014

Sunday, October 12, 2014

Ziarah baby Emi & Zura

Tahniah buat Pakcik Emi Ali & Makcik Zura atas kelahiran baby girl yang comel. Saya dan keluarga bersama adik-adik dari Melaka dan Along Ana telah pergi melawat mereka di Klang.
   Balik dari Klang kami singgah ke KLIA2 pula sambil shopping serba sedikit.

Baby Najah bersama Mak Lang dan Mak Long Ana
Mengerumuni baby

Mak Su pun comey

 Sambil berlatih menimang cucu

KLIA 2 memang luas

Ella dan Alang yang cun

Saturday, October 11, 2014

Friday, October 3, 2014

Anak muridku pemilik nama terpanjang di Malaysia

Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam merupakan  murid Tahun 2 Respiratori SKTPP. Namanya diiktiraf terpanjang di Malaysia. 


Nama beliau begitu unik dan istimewa sehingga berita tersebut dimuatkan di dada-dada kebanyakan akhbar dan menjadi modal perbahasan orang ramai di alam maya; baik secara positif maupun negatif. Namun anak ustazah SKTPP ini tetap dengan kerendahan hatinya; bercakap hanya bila perlu dan sangat menghormati guru-guru. Malah Nur Fathaniah langsung tidak kekok bila diminta menyebut namanya yang panjang itu. Ini bermakna anak cilik ini tiada masalah dengan namanya itu. Semoga Nur Fathaniah akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor apabila dewasa kelak. Aminnn....

Orangnya comel je....

'Kembar-kembar'ku

Dalam kalangan guru-guru, adakalanya saya bertemu "kembar" saya...




Wednesday, October 1, 2014

Penilaian PPDa SKKW peringkat kebangsaan 2014

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya diberi kesempatan untuk turut sama hadir merai dan memberi sokongan kepada SK Kota Warisan semasa penilaian Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan. Seolah-olah lengkap perjuangan saya bersama guru-guru SKKW selama lebih 3 tahun dan setahun mereka berjuang bersama teraju baharu demi misi PPD yang tak pernah padam. 
   Syabas saya ucapkan kepada bekas anak-anak buah saya yang terus bersemangat tanpa mengenal erti penat dan jemu, bersatu menempuh onak dan ranjau yang sangat berduri. Namun kalian ternyata pejuang sejati. Berbekalkan pengalaman yang panjang, tugas dan tanggungjawab hakiki yang banyak itu tidak pernah menjadi halangan untuk kalian terjemahkan menjadi persembahan yang sungguh cemerlang. 
   Guru-guru dan murid-murid SKKW ternyata serius dan bersungguh-sungguh melaksanakan PPDa! Hanya doa saya iringkan agar hasil yang akan kita tuai nanti adalah buah yang masak ranum. Insya-Allah..











Bersama sebahagian pemacu PPDa SKKW
Tahniah warga SKKW - anda adalah juara sebenar!!!

Happy Birthday Zana

Tepat jam 12.00 tengah malam, kami meraikan hari ulangtahun kelahiran Che Ruzana - Setiausaha PPDa 1 SK Kota Warisan. Sambutan yang sangat bermakna buat Zana kerana tarikh hari lahir beliau tahun ini jatuh pada hari penghakiman PPDa peringkat kebangsaan. Semoga kebetulan ini memberi cahaya gembira buat Zana atas komitmen padunya selama ini..

Norfa dan Jem membuat kejutan
Birthday girl meniup lilin
Hari jadi yang ke berapa??
 Senyuman manis kepenatan
Menyambut birthday Zana jam 2.00 pagi
En. Zulfikri pegawai PPDa PPD Sepang pun tak balik lagi - tabiklah boss!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...