Saturday, October 30, 2010

Majlis Sempena Persaraan KPPM

Malam tadi, saya telah diberi kesempatan menghadiri Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih anjuran JPN Selangor sempena persaraan Tan Sri KPPM - Tan Sri Dato' Hj Alimuddin bin Hj Mohd Dom di Kelab Shah Alam. Saksikan gambar-gambar yang saya berjaya upload menggunakan Imageshack yang Zulkbo ajar (akhirnye....... setelah beberapa kali percubaan huhu). Nak guna servimg, tak jadilah Zul. Apapun terima kasih banyak buat rakan maya saya yang baik hati ini. Sorry le gambar tak berapa clear (tunggu Ayu habis belajar, nak ambil balik kamera baru tu)
Kad jemputan
Kad pada setiap meja
Banner atas pentas
Bersama rakan-rakan Guru Besar
Bersama kak Rabiyah
Dengan kak Azian
Tan Sri Alimuddin sedang memberi ucapan
** Thank you very much Zul....**

Wednesday, October 27, 2010

Hilang mood

Sejak tak boleh upload gambar ni, saya betul-betul hilang mood nak update blog kesayangan saya ni :(

Sunday, October 24, 2010

Persiapan Dinner

Semalam PIBG telah mengadakan Mesyuarat Majlis Makan Malam Amal SKKW buat kali ke-3. Mesyuarat dihadiri oleh semua AJK PIBG guru dan ibu bapa, semua GPK, dan turut disertai oleh beberapa orang ibu bapa lain yang terdiri daripada AJK Mini PIBG serta guru-guru yang dilantik sebagai Ketua AJK Pelaksana. Ketua-ketua ini telah memberikan laporan masing-masing berkaitan dengan perkembangan persiapan majlis. Perbincangan mesyuarat semalam berkisar tentang pelbagai perkara dan masalah berkaitan penganjuran majlis dinner tersebut yang akan diadakan pada 19 November 2010 di Nilai Springs. 
   Setakat semalam, baru lebih 70 kerusi telah dijual di mana kebanyakannya dibeli oleh guru dan keluarga mereka. Sasaran sekurang-kurangnya 300 kerusi. Sambutan di kalangan ibu bapa masih kurang memuaskan. Namun AJK PIBG telah merancang berbagai-bagai pendekatan untuk merancakkan penjualan kerusi dan meja serta mendapatkan sumbangan dari pihak korporat. Tahniah buat En. Latib, Hj. Majed dan En. Munir yang nampak bersungguh-sungguh melaksanakan projek ini. Tak kurang juga YDP Dr. Mohd. Rushdan dan Ustaz Irwan selaku Naib YDP. Tabik juga buat En. Himily yang telah bersetuju mencari sponsor untuk membiayai kerusi bagi murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR dan dua orang Tokoh Murid. Tqvm!
   AJK Publisiti setakat ini telah mempromosi dalam radio Ikim, Sinar, Era, Suria, mudah.my dan Zon Aktiviti Era. Selain banner, brosur-brosur juga telah ditampal di beberapa tempat strategik di Kota Warisan dan BBST. Malahan selepas ini mereka akan mengeluarkan 2 lagi brosur berbentuk memo kepada murid-murid. 
   Di sebalik keterujaan membuat persiapan majlis ini, Tuan YDP Dr. Mohd. Rushdan telah membawa khabar bahawa beliau akan menunaikan fardu haji pada 30 Oktober 2010 ini dan hanya akan kembali ke tanah air selepas majlis berlangsung. Tak apalah Dr. Moga Dr. selamat berangkat dan selamat kembali, diberi kesihatan mengerjakan ibadat haji dan mendapat haji mabrur. 
   Sehubungan itu, En. Munir akan mengambilalih tugas sebagai Penyelaras Majlis bersama AJK-AJK yang lain. Terima kasih atas komitmen En. Munir walaupun anak beliau telah pun bertukar ke Sekolah Internasional Nilai. Jasa tuan sangat kami hargai.
   Kepada ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan. Marilah kita berhibur sambil menderma untuk sekolah anak tuan/puan juga. Memang ada yang berbisik bahawa harga kerusi RM65.00 dewasa dan RM45.00 kanak-kanak itu sebagai mahal. Tetapi jamuan ini bukan sebarang jamuan. Jamuan di hotel 5 star sambil menyaksikan persembahan artis Rabbani dan Aishah. Murah sangat tu!!
Saksikan persembahan Rabbani dan Aishah di Majlis Makan Malam Amal PIBG SK Kota Warisan pada 19 November 2010 ini.

Saturday, October 23, 2010

Lawatan ke Kedah

Pada 17 - 20 Oktober 2010 yang lalu, saya telah sekali lagi berpeluang mengikuti program lawatan penanda aras anjuran Pusat Kegiatan Guru (PKG) Salak. Kali ini kami ke Kedah pula. Kami telah melawat ke sekolah geopark  - SMK Tunku Putra, Langkawi, PSS Cemerlang Kebangsaan 2009 kategori luar bandar - SMK Tunku Bendahara, Kodiang dan PSS Cemerlang Kebangsaan 2009 kategori bandar - SMK Convent, Alor Star.
   Memang cantik sekolah-sekolah tu dan banyak ilmu telah kami perolehi. Tak kurang yang paling best ialah dapat shopping di Langkawi, Padang Besaq dan Pekan Rabu.
Satu gambar je dapat upload - jadilah....

Sunday, October 17, 2010

Hari Bertemu Pelanggan MPS

Testing! Testing! Ni nak try upload gambar, ada problem lagi ke tak...
Pagi tadi ada Majlis Perasmian Pejabat Baru Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Kota Warisan dan Hari Bertemu Pelanggan anjuran Majlis Perbandaran Sepang. Saya selaku AJK terlibat dalam mengendali pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Program tersebut telah diwar-warkan di sekolah sepanjang minggu ini. Terima kasih kepada guru-guru yang hadir walaupun hari ini hari minggu iaitu ustazah Asiah, Sri Ayuna, Hani, Anikah, Juhairah, Haryati dan Norina. Tahniah jua kepada para pemenang. 
Ayu MPS selaku mc
Alahai sampai situ aje. Banyak lagi gambar nak masuk tapi tak boleh. Banyak kali try dah ni. Aduss!! :(

Saturday, October 16, 2010

Tolong... saya tak boleh upload gambar

Boleh tak sesiapa tolong saya menyelesaikan masalah ini. Semalam, bila saya nak insert image / upload gambar kat blog ni, keluar benda  seperti di bawah ini..... Apa nak kata, identiti blog saya ini adalah berita bergambar. Kalau tak boleh bubuh gambar, mati akallah saya. Nak buat macam mana eh???

Ziarah kak Zan

Semalam saya dan beberapa sahabat GB Sepang telah menziarahi kak Noredzan GB SK Datuk Abu Bakar Baginda di rumahnya di Nilai Impian. Kak Zan akan berangkat menunaikan fardu haji pada Isnin 18 Oktober 2010 ini. Semoga kak Zan dan suami selamat pergi dan selamat kembali, diberi kesihatan semasa mengerjakan ibadat serta dipermudahkanNYA.
Moga kak Zan mendapat haji mabrur

Friday, October 15, 2010

Lawatan ke Kuching

Pada 3 - 6 Oktober 2010 yang lalu, saya telah mengikuti lawatan penandaarasan anjuran Majlis Guru Besar Sepang dan Pusat Kegiatan Guru Salak ke Kuching, Sarawak. Kami telah melawat 6 buah sekolah termasuk 4 buah sekolah luar bandar di Lundu. Banyak yang telah kami pelajari di sana. Apa yang mengharukan, sambutan yang diberi oleh semua sekolah tersebut sangat meriah. Ia termasuklah acara sambutan, persembahan murid-murid, persembahan multimedia, jamuan bahkan layanan yang terlalu istimewa. Terima kasih warga pendidikan di Kuching. Budi baik kalian takkan kami lupakan. Moga hubungan silaturrahim yang terjalin akan menjana semangat perpaduan antara kita. Jom tengok gambar-gambar dari kamera Wan yang saya perolehi tadi.....
 
 Depan BTPN Sarawak - tempat menginap kami
 
 Sambutan di SK (A) Datuk Hj  Abd Kadir Hassan
 Bergambar dengan GB SK(A) DHAKH - En. Rosli bin Terhim di biliknya
 
 
 Sambutan di SK Serayan / Keranji, Lundu
 Di dewan SK Serayan / Keranji
 Jamuan istimewa
 Di SK Paon Temaga
 Jamuan di SK Sematan
 Dengan kak Asriah dan Wan
 
 
 Di tepi pantai
Tuan PPD Sepang (berbaju biru) pun turut serta dalam lawatan ini
 
 
 Di SK Gita No. 2
 Dengan GB SK Gita 2 - En. Latib
 
 
Di Airport Kuching

Thursday, October 14, 2010

Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Raya

Walaupun dah berlalu, izinkan saya mengabadikan 
gambar-gambar Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Raya SKKW yang telah diadakan pada 1 Oktober 2010 yang lalu. Saya tak dapat berada lama dalam program tersebut kerana terpaksa menghadiri mesyuarat. Terima kasih Fiza atas gambar-gambar yang diemelkan ini. Saksikanlah sedutan kemeriahan sambutan tersebut. Ada Anugerah Tokoh Kanak-Kanak Tahap 1 dan 2 (lelaki dan perempuan) serta banyak persembahan dari murid-murid yang sungguh berbakat. Jamuan raya turut disumbangkan oleh PIBG. Thank you very much PIBG! 
 Meriah berbaju Melayu
 Kak Rohani memberi ucapan mewakili YDP PIBG
 Tokoh Kanak-Kanak Lelaki Tahap 1
 Tokoh Kanak-Kanak Perempuan Tahap 1
 Persembahan guru dan murid Pendidikan Khas
 Tarian Hindi
 Pakaian beragam
 Ada koko crunch percuma - terima kasih
 Menikmati koko crunch yang lazat
Persembahan dikir barat

Wednesday, October 13, 2010

APC JPN Selangor

Hari ini saya dijemput ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor di Kelab Shah Alam. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor; Tn. Sulaiman bin Wak dan disertai oleh penerima-penerima seluruh negeri Selangor yang terdiri daripada:
87 orang pegawai JPS / PPD
18 orang Pengetua Sekolah Menengah
52 orang Guru Besar Sekolah Rendah
67 orang Guru Cemerlang DG48 
   Syukur ke hadrat Allah S.W.T.kerana saya telah turut dipilih sebagai penerima dalam majlis tersebut. Ini adalah APC kali pertama saya setelah hampir 10 tahun menjadi Guru Besar. Rasa macam tak percaya tapi kalau dah rezeki, hanya ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PPD Sepang dan JPS yang telah menilai saya. Sesungguhnya anugerah ini akan saya jadikan pemangkin untuk terus berbakti kepada agama dan negara ke arah kecemerlangan pendidikan anak-anak bangsa. 
   Bukan niat untuk membangga diri, cuma sekadar melakarkan hari bersejarah saya dalam blog @ diari saya yang satu ini. Maaf gambar tak berapa jelas (lagi blur lagi tak puas tengok hehe...)
 Bergambar jap dengan kak Noredzan GB SK Datuk Abu Bakar Baginda sebelum ke Shah Alam
 Kak Zan pun akan menerima APC
Banner majlis
 Buku program serba gold
 Kak Zan naik pentas menerima sijil
 Kak Milah di atas pentas
 Kak Milah GB SK Taman Bukit Indah, Gombak selepas menerima sijil
 Tuan PPD Sepang - Tn. Hj. A. Rahman Hj. Ngit turut menerima APC. Tahniah tuan!
 Kak Zawiah PT PPD Sepang
 Kak Fuziah Pengetua SMK Cyberjaya

Selesai jamuan, masa untuk berposing.....
 Dengan kak Milah
 Bersama kak Zan dengan Tuan PPD
 Lagi dengan boss
 Kak Zan pulak dengan boss
 Kak Milah dengan gang-gang Gombak
 Dengan boss lagi, di bawah pentas pulak
 Dengan teman-teman Petaling Utama
 Bersama Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah JPS
Rezeki berganda buat kak Zan yang akan menunaikan haji pada hari Isnin depan. Semoga selamat pergi dan selamat kembali dan memperolehi haji mabrur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...