Tuesday, April 26, 2011

Siap juga akhirnya

Maka akhirnya siap juga borang permohonan dan profil sekolah untuk dihantar ke JNJK sebagai perakuan pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5. Terima kasih banyak buat Diana, Norina, Faezah dan Jamilah kerana telah menjalankan tugas tersebut dengan cemerlang sekali. Walaupun saya agak sibuk dan kurang dapat memberi tumpuan, namun saya sangat berpuashati. Saya dapati hasil kerja mereka bertaraf first class upper. Terima kasih juga kepada guru-guru lain yang telah merelief kelas mereka sejak seminggu ini serta menyediakan semua fakta dan sijil yang diperlukan. 
   Memang berserabut GPK dan guru jadual waktu menyusun jadual relief. Kebetulan 2, 3 minggu ni memang ramai guru yang terpaksa meninggalkan kelas kerana banyak sangat program pertandingan kokurikulum dan koakademik yang berlangsung. Itulah kerja kita - merelief dan direlief. Apa yang penting kita saling bertolak-ansur dan memahami sesama kita.
   Borang permohonan, rekod profil, eviden dan lampiran itu akan dihantar ke kedai untuk diperbanyakkan sebanyak 2 set untuk simpanan sekolah dan dihantar ke PPD. Puas tengok dokumen-dokumen itu. Di dalamnya mengandungi segala kekuatan kepimpinan sekolah termasuk guru, murid dan bekas muridnya. Terima kasih Amalina, Rais, Hannan dan Hazwan yang telah memberi kerjasama melayan permintaan cikgu. Melihat keputusan peperiksaan kalian dengan segala bagai sijil pencapaian, sesungguhnya kalian memang the best! 'Sejuk perut' cikgu yang mendidik...
4 sahabat yang tekun
Bergambar bersama dokumen yang akan dihantar esok
Semoga berjaya ke peringkat seterusnya
Jom pi fotostat
Kenalilah tokoh-tokoh yang telah dilahirkan oleh SK Kota Warisan - pelajar cemerlang SPM 2011
Nur Amalina Nur Zakri
Rais Abdul Rahman (blog Rais)
Hannan Nazaleq
Muhammad Hazwan Abdul Halim
Tahniah daripada kami guru-guru dan murid-murid SK Kota Warisan.   

Monday, April 25, 2011

Hari yang sibuk

Sebagaimana minggu lepas, hari ini penyediaan dokumen sekolah kluster diteruskan. Norina and the gang buka port kat PSS sebab bilik mesyuarat digunakan oleh Ketua-Ketua Panitia Matematik sekolah-sekolah daerah Sepang untuk berbengkel penggubalan soalan Matematik daerah. Untuk menyiapkan profil sekolah, ramai juga yang saya suruh balik rumah ambil sijil masing-masing. Maaf ya sebab eviden itu sangat penting. Masa terlalu cemburu. Esok cadang nak edit, print, hantar fotostat kat kedai dan hari Rabu nak ambil semula seterusnya hantar ke pejabat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di Shah Alam. 
   Hari ini juga SKKW menjadi tuan rumah pertandingan ragbi rimau peringkat daerah Sepang. Tahniahlah kepada pasukan ragbi SKKW kerana berjaya mendapat tempat ke-3. Sorry saya tak dapat tunggu Majlis Penyampaian Hadiah pada sebelah petang kerana perlu bergegas ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang bersama Pn. Shikin menghadiri Majlis Perjumpaan Permuafakatan Persekolahan Sesi 2012 SKKW dan KAFA Integrasi Al-Muhajirin jemputan daripada pihak PAID.
   Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Kamal Radiman dari JAIS selain dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JAIS, PAID dan KAFA, turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JPS, PPD, MGB serta YDP PIBG SKKW. Terima kasih banyak atas kerjasama semua dalam menyelesaikan kemelut yang timbul ekoran perancangan persekolahan 2 sesi SKKW tahun depan. Ini bermakna, baik di pihak SKKW maupun KAFA, banyak kerja menanti kita. Permuafakatan ini jelas menunjukkan bahawa masa depan pendidikan anak-anak Kota Warisan akan terus terbela. Ikuti diari saya hari ini....
Cikgu Normi Yahya bercakap tentang tabiat membaca di perhimpunan pagi
Murid yang bergaduh diminta berdiri
Persembahan menarik murid-murid prasekolah
Oh Mas Ayu... Fatimah nan ayu
Parasnya indah suara merdu
Penyampaian hadiah kepada wakil pemain sepak takraw SKKW yang mendapat tempat ke-3 pertandingan daerah minggu lepas 
Bergambar dengan guru-guru yang melatih
Penyampaian hadiah kepada pasukan bola jaring daerah yang menjadi juara dalam pertandingan daerah.
Dapat hamper lagi
Guru-guru yang melatih pun dapat hadiah sumbangan para dermawan
Semoga terus sukses
Tahniah buat Athira Farahiya, Anis Farhana dan Malisha Nur Hanani yang terpilih menjalani latihan pusat pasukan daerah
Projek bersama PIBG - lencana untuk murid-murid Tahun 6 yang mendapat 5A dalam peperiksaan
Menyematkan lencana azimat kepada Nur Fatin Afrina bt Mohd Fakhruddin yang berjaya mendapat 5A dalam PKSR1
Semoga Fatin akan mengekalkan kecemerlangan dan menjadi pemangkin kepada kejayaan rakan-rakan yang lain
   Selanjutnya saya diminta menyampaikan sijil-sijil kepada peserta Program Kecemerlangan Pelajar (PROKEP) yang telah diadakan pada 22 - 24 April 2011 yang lalu di Kem Iman D'Semungkis, Hulu Langat.... 
Presiden PROKEP - Mohd Afiq bin Suib
Timbalan Presiden - Kamelya Irdina binti Kamarul Hisham
Peserta terbaik perempuan - Nur Irdina Nadhirah bt. Samsol Kamar
Peserta terbaik lelaki - Syed Mohd Hanif Zubair b. Syed Badli Shah
   Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Karnival Sains dan Teknologi peringkat daerah Sepang yang telah diadakan minggu lepas....
Tahniah Sharifah Sarah bt. Syed Amir dapat tempat ke-3 Saintis Muda
Nur Syuhada bt. Yazaly - tempat ke-3 Saintis Muda
Zharif Sofiah bt. Zaki - Saguhati Bercerita Sains
Selesai perhimpunan, saya terus ke Bilik Mesyuarat mempengerusikan Bengkel Penggubalan Soalan Matematik daerah Sepang.
Ketua-ketua Panitia dan Guru Cemerlang Matematik daerah Sepang tekun berbengkel
Di tapak perhimpunan, latihan kawad kaki sedang giat dijalankan
Di padang SKKW, berlangsung pertandingan ragbi rimau peringkat daerah Sepang
Inilah pasukan ragbi SKKW yang cekal
Penjaga garisan berwibawa diimport khas dari PPD
Sebahagian pengurus pasukan sekolah-sekolah Sepang
En. Ismail - pegawai PPD memantau perjalanan pertandingan
Pasukan SK Taman Pantai Sepang Putra berehat jap
Aduhai murid-murid pra Amanah terpaksa belajar di surau sebab kelas mereka black-out
Sambil memerhati pekerja-pekerja JKR Elektrik membaiki kerosakan elektrik pra Wibawa dan Amanah - alamak panjangnya rumput!
Apa nak kata - syarikat pembersihan swasta asyik bermasalah aje
Jenguk jap kelas Bahasa Cina cikgu Chan kat atas PSS
Xie xie
Petang : saya dan Pn. Shikin hadir perjumpaan permuafakatan SKKW dan KAFA di PAID Sepang

Saturday, April 23, 2011

Hari Tautan Kasih

Setelah beberapa kali bermesyuarat sampai tengah-tengah malam, pagi tadi berlangsung program Hari Tautan Kasih Muslimat. Program tersebut adalah anjuran Jawatankuasa Muslimat Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Penceramah jemputan adalah Ustazah Asni binti Abu Mansor Al-Hafizah yang masyhur tu. 
   Seronok sangat mendengar ceramah beliau. Ustazah pandai mengajuk loghat berbagai negeri dan mempunyai intonasi suara yang menarik dan jelas. Tahniahlah kepada semua yang menjayakan majlis ilmu ini. Syabas juga buat kaum muslimat yang hadir. Insya Allah kita jumpa lagi dalam program-program muslimat yang akan datang.
Persembahan nasyid
Persembahan qasidah
Ustazah menyampaikan ceramah
 
Ramai muslimat hadir
AJK Makanan dan Minuman
Sign autograf
Terima kasih ustazah
Semua AJK bergambar kenangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...