Tuesday, January 28, 2014

Hantar PPD pergi umrah

Selamat mengerjakan umrah buat Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan. Semoga tuan selamat pergi dan balik, diberi kesihatan sepanjang mengerjakan ibadat serta dipermudahkan urusan tuan ketika di tanah suci. Ameennn...
 Tuan PPD diiringi anak beliau
 Cikgu Wan Nor Fadriah mendukung cucu boss
 3 serangkai di KLIA
Selamat Jalan tuan

Friday, January 17, 2014

Reunion MPK 82 - 84

Atas usaha seorang rakan; Wan Azimah akhirnya hari ini dapat juga kami guru-guru pelatih Maktab Perguruan Kuantan 1982 - 1984 bersua muka dalam satu majlis yang sederhana namun cukup bermakna di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. Perjumpaan setelah 30 tahun berpisah ini dinamakan sebagai Malam Tautan Kasih Warga Maktab Perguruan Kuantan (MPK). Terima kasih kepada rakan-rakan yang datang dari jauh seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan seluruh Selangor.
   Mantan YDP MPK kami yakni En. Azman telah menyampaikan ucapan aluan dengan memberikan beberapa rangkap pantun dan mengimbau sejarah lama kami. Sepanjang 3 jam reunion tersebut, kami banyak bercerita, bergelak ketawa sambil merakam gambar-gambar sebagai kenangan. Makanan yang ditempah pun seolah-olah tak dipedulikan kerana asyik dan leka bersembang dan sakat-menyakat. 
   Sekali lagi tahniah kepada Wan Azimah kerana mencetuskan idea ini sehingga berhasilnya pertemuan yang bersejarah lagi nostalgik ini. Semoga ia akan disusuli dengan pertemuan-pertemuan lain pada masa depan seterusnya bakal merapatkan ikatan silaturrahim sesama kita..
 Sofia, Che Norlia dan Wan Azimah
 Bersama Noi
 Antara geng wanita yang hadir
 Selamat bertemu semula
 Pouziah (isteri Dollah), Siti Zauyah, Shamzainah dan Hafsah
 Ramlan selaku pengerusi majlis
Bacaan doa oleh Roselan
 Aznan, Shahat, Azman, Azeran dan Abdullah
 Ucapan mantan YDP MPK - Azman
 Akhirudeen, Roselan dan Ramlan
Reunion kecil antara saya dan Pouziah - rakan NPQH / UPSI
 Memori indah
Semuanya segak dan bergaya dan yang penting sihat

Wednesday, January 15, 2014

Acik dapat tawaran SM Sains Muar

Congrats Acik kerana telah ditawarkan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains, Muar. Semoga Acik akan terus cemerlang di sekolah terbaik tersebut yang juga merupakan sekolah kakanya; Ayu pada tahun 2004 - 2005 dulu. Betul-betul mengimbau kenangan...
 Syukur padaMu ya Allah atas rezeki yang dikurniakan ini
 Semalam semakan menunjukkan Acik ditawarkan ke SM Teknik Kuala Lumpur - terima kasih atas tawaran tersebut
 Acik benar-benar menjejak langkah idolanya; Kak Ngah Ayu dengan mendapat straight A's dalam PMR dan melanjutkan pelajaran di SM Sains Muar

SAMURA - Mu tunggu Acik datang..

Monday, January 13, 2014

3 Sahabat

Macam dah lama tak jumpa Sa'diah. Beberapa kali mesyuarat, SK BBST diwakili oleh GPKnya. Tambahan masing-masing ambil cuti tahunan. Petang tadi saya dan kak Noredzan singgah di sekolah Sa'diah.
Bertanya khabar sambil melawat bilik GB yang cantik dan ceria

Saturday, January 11, 2014

Restoran Murni

Banyak-banyak kedai makan, Restoran Murni Bukit Jalil ni sangat special. Restoran ini banyak cawangannya. Apa yang mengujakan saya ialah menunya yang teramat banyak - lebih 100 menu disediakan. Airnya mempunyai berbagai-bagai nama yang sangat menarik. Malam ini saya order Mee Udon dan Air Dont Worry. Makanannya bolehlah tahan tapi kuantitinya banyak - boleh makan berdua. Airnya semua sedap-sedap. Bergilir-gilir saya anak-beranak merasa air-air masing-masing....
5 gelas air dengan nama-nama yang menarik
Air Dont Worry
Air Kiss Me Baby
Air Pink Panther
Air I Love You

Banyaknya...
Mee Udon

Thursday, January 9, 2014

Mimbar Akhir Pencetus Ummah

Terima kasih sekali lagi kepada Kak Ngah Jannah yang telah memberikan kami pas untuk menyaksikan Mimbar Akhir Pencetus Ummah (PU). Rancangan yang ditayangkan secara langsung ke seluruh negara ini menyaksikan 4 orang PU bertanding di mana masing-masing memberi persembahan yang sangat cemerlang. Tahniah buat PU Hafiz kerana telah berjaya menjadi Juara dalam program yang julung-julung kali diadakan ini. 
   Sesungguhnya PU-PU yang lain semuanya ternyata hebat dan berbakat besar sebagai penceramah yang boleh menarik minat ramai pendengar menghayati tazkirah yang disampaikan. Bahkan persembahan dari pengacara program; Dr. Riduan Tee sangat mengesankan para penonton. Syabas buat semua PU dan tahniah Astro! Duniaku Dakwahku...
Tiket VIP
Duduk di sebelah Farah - anak saudara
 Persiapan akhir
 En. suami bersama Amir Solihin; adik Farah
 Antara penonton yang hadir
 Aznil - salah seorang juri
 Persembahan baru bermula
 Lampu neon bergemerlapan
 Selesai sudah program berprestij ini
 Syabas PU Hafiz, Shahul, Yeop dan Rahmat!
 Kalian mencetus aura tersendiri dalam bidang dakwah negara kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...