Sunday, March 17, 2019

Menunaikan Umrah

Alhamdulillah syukur kerana saya dan keluarga telah diberi hidayah dan dipilih oleh Allah SWT untuk menunaikan umrah pada 5 - 16 Mac 2019. Saya mengerjakan umrah bersama suami dan 3 orang anak; Alang Rose Emilda, Acik Rohisyam dan Edy Rozaidi. Kami bertolak dari KLIA ke Madinah dan setelah 5 hari berada di Madinah, kami berangkat ke Mekah.
   Syukur ya Allah atas segala kemudahan buat kami beribadah dan mengerjakan umrah dengan lancar dan selesa. Semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur & makbul, diterima & diberikan pahala oleh Allah SWT. Aamiinn..






























Thursday, March 7, 2019

Tahniah SKTPP : Johan APPSC Negeri Selangor 2018

Ketika berada di Madinah, saya menerima berita gembira dari tanahair...
Syukur alhamdulillah atas kejayaan yang dianugerahkan ini. Allahuakbar... Terima kasih ya Allah. Tahniah buat semua guru, murid, staf, PIBG, ibu bapa dan seluruh warga SKTPP atas kejayaan selaku Johan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang (APPSC) Negeri Selangor 2018. Anugerah telah diserahkan kepada PK 1; Pn. Azizah binti Mokhlas dan Guru Perpustakaan & Media; Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji.
Doaku di bumi Madinah penuh barokah ini agar dipermudahkan urusan kami untuk bertanding di peringkat kebangsaan pada bulan Julai 2019 nanti.. Aamiin..









Sunday, March 3, 2019

Live Interview @ SPM TV1 : Hari Nilam Selangor (HaNIS)

Promosi Hari Nilam Selangor (HaNIS) Peringkat Daerah Sepang disiarkan dalam siaran Selamat Pagi Malaysia TV1. Jom tengok temubual live pengacara cantik SPM bersama saya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...