Thursday, August 30, 2012

Merdeka Raya

"Tanggal tiga puluh satu
 Bulan lapan lima puluh tujuh...."
"Selamat Hari Raya
 Hari untuk kita bersuka ria..."
 Jamuan Hari Raya di kelas 6 Setia 

Wednesday, August 29, 2012

Sketsa Hari Raya

Hari raya hari mulia,
Disambut bersama sanak saudara,
Kunjung mengunjung riang gembira,
Ampunkan dosa maaf dipinta.
Tertarik melihat gambar nostalgia dulu-dulu

Saya sayang SKKW


(kredit buat Nur Irdina Nadhirah)

Tuesday, August 21, 2012

Pemergian Cikgu Abu

Pagi ini kami dikejutkan dengan pemergian salah seorang cikgu SKKW yang disayangi anak-anak murid dan disenangi rakan dan ketua iaitu cikgu Abu Bakar bin Mustafa. Allahyarham dijemput ketika umat Islam menyambut Hari Raya di bulan Syawal yang mulia ini. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang soleh. Al Fatihah. (Lagi berita dalam blog SKKW di sini dan blog PPDa SKKW di sini)
Kenangan cikgu-cikgu lelaki SKKW bersama Cikgu Abu

Friday, August 17, 2012

Saturday, August 11, 2012

Perompak bawah umur

Penat cikgu-cikgu mengajar diorang ni....

Tuesday, August 7, 2012

Lawatan pensyarah IAB

Susulan kursus PSS yang telah saya hadiri di IAB tempoh hari (klik di sini), hari ini saya telah dilawati oleh salah seorang pensyarah kursus tersebut yakni Pn. Siti Anidah untuk membuat kajian keberkesanan dan penambahbaikan kursus. Beliau telah memberikan saya serta Guru Media; Pn. Normi Yahya soalselidik berkaitan pengurusan PSS. Kami berbual tentang dapatan hasil kursus serta hal-hal semasa. Pn. Siti Anidah juga telah mengambil gambar-gambar PSS kami. Terima kasih atas kunjungan hormat tersebut. Tak lupa terima kasih jua atas buah tangan buku-buku ilmiah keluaran IAB yang sangat berharga itu.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...