Tuesday, November 29, 2011

Kerja-kerja membaiki

Sejak semalam (28.11.2011) kontraktor JPN Selangor telah melakukan kerja-kerja membaiki kerosakan-kerosakan sekolah. Laporan kerosakan di sinidi sini dan di sini. Terima kasih kepada PPD dan JPS. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan tadi...
Pekerja-pekerja sedang berehat
Tu dia paip yang bocor
Kerja-kerja menampal tempat yang dikorek dengan rumput
Wak Jaman bersama generator yang rosak
En. Fadil bercerita tentang kerosakan
Generator ini perlu dibaiki atau diganti
Kesan bateri yang sudah terlalu lama
Keadaan di dalam bilik pam air

Sketsa balik kampung

Cuti Maal Hijrah semalam, kami sekeluarga balik kampung di Kesang Tua, Jasin, Melaka. Seronok berkumpul adik-beradik. Walaupun 2 hari 1 malam je, antara aktiviti yang kami lakukan ialah;
1) Makan ikan bakar di Anjung Batu, Umbai
2) 1 group tengok bola kat rumah Jaja, 1 group pergi karaoke kat Bukit Beruang (termasuk saya) - walaupun group bola frust, kami seronok :D
3) Sebelum balik Sepang, singgah main bowling kat Ayer Keroh - sampai sakit-sakit tangan dibuatnya
Nak bertolak ke Anjung Batu
Ayah, Acik, Ayu dan Edy
Bersiap-siap
Kali ni pergi siang sebab malam nak tengok bola
Mak check rumah dah kunci betul ke
Bergambar dulu
Orang belum ramai
Banyaknya lauk Mat Salleh ni
Menu tetap - tapai dan jeli kelapa
Nasi lemak, otak-otak
First round dah habis sementara tunggu menu utama
Along dari JB
Ella dan Ita
Zura dan Emi
Diapit Ayu dan Jaja
Emak minta ikan kembung bakar
Dah licin
Dah kenyang
Syukur Alhamdulillah atas nikmatNya
Nak balik
Nak tengok bola / karaoke
 Esoknya main bowling....
Zairul menyusun strategi
Edy mengasah bakat
Boleh tahan balingannya
Pesaing wanita
Gaya mesti ada
Jurie memerhati
Memilih bola idaman hati
Sakit tanganku dibuatnya
Acik dah terror

Liga Prokids

Kelmarin (27.11.2011) telah diadakan Pertandingan Akhir Liga Perdana Prokid Academy 2011 antara kumpulan Prokids dengan Kota Warisan FC. Liga bola sepak ini telah berlangsung sejak bulan Oktober 2011 yang lalu lagi yang melibatkan banyak pasukan. Ia telah diadakan di padang SKKW setiap hujung minggu.
   Final kelmarin telah dijalankan pada pukul 3.00 petang dengan disaksikan oleh penduduk setempat. Ustazah Norina telah mewakili GB untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Keputusan rasmi : Kumpulan Prokid telah mengalahkan Warisan FC 5-1. Syabas buat murid-murid SKKW yang telah berjaya sampai ke final. Tahniah juga buat En. Sani pengurus Prokids dan penganjur liga ini atas jasa tuan menyemarakkan sukan bola sepak. Majulah sukan untuk negara!
Banner liga
Cenderahati dari penganjur kepada SKKW
Semi final dengan Wira FC a
Kumpulan Prokid juara - Tahniah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...