Friday, October 4, 2019

Anugerah Setia Perkhidmatan

Hari ini telah berlangsung Majlis Apresiasi Dato' Menteri Besar Selangor Bersama Majlis Guru Besar (MGB) Selangor yang julung-julung kali diadakan sepanjang perkhidmatan saya sebagai Guru Besar selama lebih 18 tahun ini. Majlis telah diadakan di Kediaman Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, Shah Alam. Syukur alhamdulillah atas kurniaan Anugerah Setia Perkhidmatan : Anugerah Perak (lebih 15 tahun) yang sungguh istimewa ini.
Anugerah ini sudah pasti akan menjadi memori manis sepanjang hayat saya  buat kenangan anak cucu  kelak. Diharap jua agar anugerah ini dapat memberi inspirasi kepada guru-guru & staf saya yang selama ini sentiasa menggembirakan saya sepanjang saya menjadi ketua mereka..
♡ Terima kasih buat YAB Menteri Besar Selangor, JPN Selangor dan MGB Selangor
♡ Tahniah jua buat kawan-kawan yang telah menerima anugerah


























Sunday, August 11, 2019

Tahniah Nabil!

Tahniah buat bekas anak murid SKTPP; Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin, pelajar Tahun 6 2016 yang telah menjadi hero pasukan negara hingga menjadi Juara Kejohanan AFF Bawah 15 Tahun 2019 di Thailand. Nabil telah menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Thailand dengan tandukannya yang tajam lagi bersejarah.. Sepanjang kejohanan tersebut, Nabil telah bermain dengan sangat baik dan beberapa kali meledakkan gol ke gawang lawan.
   Alhamdulillah di tengah-tengah kesibukan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidil Adha di mana ramai guru balik ke kampung, saya dan PK HEM; Pn  Rosmah Jamat berkesempatan meraikan kepulangan wira-wira muda negara di KLIA. Tahniah juga buat ayah Nabil; En. Zainudin, ibu Nabil; Pn. Norafza Mansor serta keluarga. Semoga Nabil akan terus berjaya pada masa depan dan melonjakkan nama negara dalam arena bola sepak di persada antara bangsa. Sesungguhnya kami amat berbangga dengan pencapaian Nabil yang sangat hebat ini.. Syabas Nabil!























Page FAM

Monday, July 8, 2019

Konvensyen Guru Besar Selangor @ Medan

Konvensyen Guru Besar Selangor ke-7 dan Mesyuarat Agung MGB Selangor ke-24 tahun ini telah diadakan di Medan, Indonesia pada 4 hingga 7 Julai 2019. Alhamdulillah program berjalan lancar dan sungguh sukses. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pegawai MGB Selangor serta urusetia yang dipengerusikan oleh MGB Hulu Langat. Para peserta sangat seronok kerana berpeluang berkonvensyen di luar negara buat kali pertama sejak MGBS diwujudkan. Banyak pengalaman manis dan berharga telah diperolehi sepanjang 4 hari tersebut. Berikut sebahagian aktiviti yang kami lalui,

Hari 1 (4.7.2019) :
~ Airport Kualanamu
~ Hotel Niagara, Parapat













Hari 2 (5.7.2019) :
~ Mesyuarat Agung MGBS di Hotel Niagara, Parapat dirasmikan oleh YB Tuan Borhan bin Aman Shah, SU Politik YAB Dato' Menteri Besar Selangor
- Menyelusuri Lake Toba
- Singgah Pulau Samosir
- Dinner di tepi kolam Hotel Niagara
- Tema : P. Ramlee & Saloma






















Hari 3 (6.7.2019) :
- Air Terjun Sipiso-piso
- Berastagi
- Pesta Bunga & Buah











Hari 4 (7.7.2019) :
- Hotel Garuda, Medan
- Shopping di Pasar Ikan
- Melawat Kilang Membuat Sirap Markisa
- Bertolak balik ke Kuala Lumpur









Jumpa lagi di konvensyen tahun depan. Terima kasih MGB dan syabas!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...