Wednesday, August 15, 2018

Anugerah Komitmen Sepanjang Zaman

Hari ini saya, PK HEM; Pn. Rosmah bt. Jamat dan Penyelaras PPDa; Pn. Nor Arzah bt. Hussin telah dijemput hadir ke Majlis Anugerah Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Negeri Selangor 2018 & Pertandingan Video Kreatif GPS Bestari - MKJR serta Wacana Ilmu Sinar di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Syukur alhamdulillah saya selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana telah dianugerahi "Anugerah Komitmen Sepanjang Zaman 2017 & 2018" oleh pihak JPN Selangor. SKTPP turut menerima anugerah "Pengawas PPDa Cemerlang Negeri Selangor 2017 & 2018".
   Terima kasih banyak diucapkan khususnya buat Tn. Mohd Idrus Arifin & Tn. Hj. Mohd Ghazali Hj. Anuar atas penghargaan ini. Insyaa Allah warga SKTPP akan berusaha bersungguh-sungguh meneruskan perjuangan PPDa yang telah diamanahkan ini dengan sebaik mungkin tanpa mengenal jemu. Semoga anak-anak kita akan membesar cemerlang tanpa DARVIH. Komitmen kami juga untuk berkongsi dan menyuntik semangat buat sekolah rakan-rakan dalam membangunkan program PPDa di sekolah masing-masing...
Kami Benci Dadah๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...