Tuesday, September 14, 2021

Acik Hisyam Dah Kerja

Acik Rohisyam Roslan bersiap nak ke Muar untuk memulakan alam pekerjaan selaku Jurutera Awam di TNB Muar. Selamat menabur bakti di daerah tempat Acik menimba ilmu semasa bersekolah di Sekolah Menengah Sains Muar (Samura) dulu. Kerja elok-elok & jaga diri...

Alhamdulillah syukur dan terima kasih atas didikan semua guru di sekolah serta para pensyarah di UNITEN. Doakan Acik berjaya mengharungi cabaran alam kerjayanya. Semoga dipermudahkan segala urusan...

Bekal dari ibu

Tinggallah Putih kesayangan

Bersama ayah

Bersama ayah & ibu


Peace

Bye Kota Warisan

Bye Sepang


Selamat jalan Acik.. Semoga selamat dalam perjalanan dan selamat sampai ke Bandar Maharani Muar

Throwback ketika Acik menerima Anugerah Khas Pengetua sewaktu mengambil keputusan SPM 2015 yang lalu : anugerah hasil usaha gigih Acik. Semoga terus istiqomah. Aamiin...

Sunday, September 5, 2021

Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Famili Mohd Ali

Alhamdulillah.. selesai sudah Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat merangkap reunion Famili Mohd Ali secara maya pada 4 September 2021. Satu program yang sangat happening dan terbaik. Terima kasih banyak buat semua ahli keluarga yang hadir dan menjayakan majlis terutama;

* Bacaan yaasin, tahlil dan doa : Pak Lang Lan dan Pakcik Emi 

* Pengacara Majlis : Mak Ngah Jannah

* Persembahan Multimedia : Acik Hisyam

* Pengurusan Cabutan Bertuah : Mak Long Nizah & Nidiya

Sekalung tahniah buat semua atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Semoga ukhwah dan ikatan silaturrahim antara kita ahli keluarga Mohd Ali akan berterusan dan sentiasa kekal harmoni buat selama-lamanya... aamiin yra..






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...