Sunday, September 29, 2013

Mahrajan j-QAF dan Khatam Al-Quran

Di pertengahan majlis jogathon semalam (28.9.2013) lebih kurang pukul 9.30 pagi, saya bergegas pula ke SM Vokasional Sepang (SMVS) untuk menyaksikan pasukan kalam jama'ie SKKW membuat persembahan mewakili daerah Sepang serta melaksanakan tugas bersama-sama ustazah SKKW yang lain selaku AJK Jamuan Pegawai Mahrajan j-QAF Negeri Selangor. Tn. Hj. Mutalib bin Tomran - Tuan Penolong PPD Sepang yang merasmikan jogathon sekolah sebentar tadi pun ada bersama di SMVS ini selaku tuan rumah Majlis Penutupan Mahrajan. Alhamdulillah program besar ini berjalan dengan lancar berkat kerjasama semua sekolah..
Pasukan kalam jama'ie SKKW mendapat tempat ke-5 negeri Selangor
Tahniah atas kesungguhan pasukan dan jurulatih
(berita kalam jama'ie dalam blog SKKW di sini)
Peserta SKKW turut mengambil bahagian dalam Majlis Khatam Al-Quran
(berita Khatam Al-Quran dalam blog SKKW di sini)

Jogathon PIBG

Pagi semalam (Sabtu 28.9.2013) saya kat sekolah melaksanakan program Larian Amal Jogathon PIBG SKKW 2013. Terima kasih buat Tn. Hj. Mutalib bin Tomran Penolong PPD Sepang yang mewakili Tuan PPD Sepang merasmikan majlis kami. (Sila ikuti rakaman Larian Amal Jogathon PIBG di sini)
 Menyampaikan cenderahati kenangan dari PIBG kepada Tuan Hj. Mutalib b. Tomran

Friday, September 27, 2013

AJK Jamuan Mahrajan

Selaku Ketua AJK Jamuan Pegawai, Hakim dan VIP Mahrajan j-QAF peringkat negeri Selangor, saya bersama anak-anak buah telah mula bertugas pada sebelah malam di Sekolah Menengah Vokasional Sepang. Terima kasih buat ustazah-ustazah yang telah hadir seawal pukul 6.00 petang tadi. Jam 9.00 malam, ada minum malam pula. Tapi nampaknya urusetia lebih ramai daripada tetamu... 
 Saya yang menurut perintah

Ziarah Tn. Hj. Amin

Di celah-ceah kesibukan yang tiada berpenghujung ini, beberapa orang Guru Besar dan Pengetua daerah Sepang telah sempat mencuri masa untuk mengadakan program ziarah Tn. Hj. Amin b. Sulaiman; mantan Pengetua SMK Taman Putra Perdana dan mantan Timbalan PPD Sepang yang baru sahaja bertukar sebagai Pengetua SMK Taman Pantai Sepang Putra di rumah beliau di Kampung Bukit Bangkong, Sg. Pelek. Beliau telah bercuti sakit selama lebih 4 bulan akibat sakit kanser yang dihadapinya. Alhamdulillah Tn. Hj. sudah pulih dan dibenarkan oleh doktor untuk bertugas mulai 3 Oktober 2013 depan. Didoakan agar tuan haji akan terus sihat seperti sediakala dan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang...

Saturday, September 21, 2013

Majlis perkahwinan anak Milah

Tahniah buat cikgu Siti Jamilah Abu Bakar kerana menerima 2 orang menantu sekaligus dalam majlis perkahwinan anak-anak lelaki beliau. Cikgu Jamilah selaku mantan guru SK Kota Warisan kini merupakan GPK Kokurikulum SK Datuk Abu Bakar Baginda. Maka ramailah guru-guru dari kedua-dua sekolah hadir pada hari bersejarah tersebut. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada keempat-empat mempelai, semoga berbahagia hingga ke syurga..
 Jelas kegembiraan Milah menerima menantu diapit oleh mantan GB dan GB beliau sekarang
Mengabadi kenangan dengan rakan-rakan guru SKKW

Penggambaran Perutusan PPDa

Reshooting untuk penambahbaikan shooting yang lalu..
Shoot dalam bilik lebih santai

Monday, September 16, 2013

Pertandingan Bunga Api Putrajaya

Cantik sungguh pertunjukan bunga api oleh Amerika Syarikat (USA) dalam Pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2013 di Putrajaya semalam (15.9.2013). Jom tengok apa yang sempat dirakam...


Saturday, September 14, 2013

Cikgu Jamal terima menantu

Cikgu Jamaludin Mohd. Yusof merupakan mantan GPK 1 SKKW. Tahniah buat Cikgu Jamal kerana telah menerima menantu dalam majlis yang gilang-gemilang dihadiri tetamu yang sungguh ramai...
 Cendol Songkok Tinggi yang istimewa
Kenangan bersama ibu dan bapa pengantin

Monday, September 9, 2013

Taklimat Pelaksanaan Kriteria Kecemerlangan Urusan Kenaikan Pangkat

Taklimat Pelaksanaan Kriteria Kecemerlangan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) tersebut telah diadakan di Midlands Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam. Pusat keonvensyen yang terletak di SJK(T) Midlands itu sangat-sangat mengujakan kami!
Lampu berwarna-warni lagi!

Friday, September 6, 2013

Bengkel PPKI

Memenuhi program rintis di bawah PPPM, saya telah dipanggil untuk mengikuti Bengkel Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Murid Berkeperluan Khusus (PPKI - Program Pendidikan Khas Integrasi) di Hotel Oriental, Crystal, Kajang pada 3 - 6 September 2013.
Bersama pengurus kursus - En. Amran Omar

Tuesday, September 3, 2013

Penggambaran klip video PPDa

Sebagai persiapan untuk menghadapi pertandingan peringkat negeri....
Jom tengok blog PPDa SKKW di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...